Wednesday, February 20, 2019

PERANAN ANAK MUDA DALAM MENANGANI KRISIS MAKANAN NEGARA

Baru-baru ini penulis sempat menghadiri satu bengkel food securitydan food sovereigntydi Pulau Pinang. Program yang dianjurkan oleh beberapa NGO seperti padi rescue dan Third world networkini dihadiri oleh petani dan nelayan bagi membuka ruang kepada mereka untuk mengutarakan permasalahan yang dihadapi oleh petani di negara kita.

TIGA MAZHAB PERTANIAN

Umumnya terdapat tiga mazhab/aliran yang di gunapakai di negara-negara di dunia ini.Mazhab pertama yang percaya sekiranya sesebuah negara itu mempunyai wang yang banyak,negara tersebut hanya perlu mengimport hasil pertanian dari luar. Ia tidak perlu bersusah payah bercucuk tanam dan memikirkan masalah food security.Contoh negara yang berpegang kepada mazhab ini adalah Singapura.Dalam satu wawanca dengan stesen tv tempatan ,Tun Daim mengatakan jika kita ada wang,kita tak akan menghadapi masalah jaminan bekalan makanan.Beliau memberikan contoh Singapura dalam hal ini.Namun demikian,adakah bekalan makanan kita akan terjamin sekiranya kita berpegang kepada aliran ini?Jawapannya tidak.Ini kerana kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku di wilayah serantau ini dan juga krisis yang akan muncul di masa hadapan.Mempunyai wang yang banyak belum tentu akan menjamin bekalan makanan akan terpenuhi pada bila-bila masa.Bagaimana jika berlaku kemarau panjang di negara pengeksport makanan tersebut?Bagimana jika meletus peperangan di rantau ini?Bagaimana jika berlaku kekurangan bekalan di kalangan negara pengeksport tersebut?Dalam keadaan itu, masihkah mereka mahu meneruskan eksport ke negara kita?Persoalan ini harus difikirkan oleh MOA dan pemimpin negara kita kerana ia bukan sahaja soal food securitytapi juga berkaitan dengan national sovereignty.

Bukti bahawa mazhab pertama ini gagal ialah negara kita pernah dilanda krisis bekalan makanan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 70an dan kali kedua pada tahun 2008.Pada ketika itu, negara pengeksport telah menghentikan eksport mereka kerana kekurangan bekalan secara global. Dalam keadaan krisis ini sudah tentu mereka mengutamakan bekalan dalam negara dan negara kita telah terperangkap dan terpaksa membayar harga 3 ke 4 kali ganda bagi mendapatkan bekalan beras .Oleh itu, ideologi yang dipegang oleh Tun Daim tersebut membahaya dan boleh meletakkan negara kita dalam keadaan krisis sekiranya berlaku  lagi kekurangan bekalan secara global pada masa yang akan datang.Seterusnya dari aliran ini, masalah kedua yang akan timbul,bagaimana dengan nasib petani,penternak dan pesawah di negara kita?.Sudah tentu nasib mereka ini akan terabai disebabkan oleh lambakan barang makanan import yang jauh lebih murah.

Sementara mazhab kedua,negara tersebut bergantung kepada bantuan makanan dari negara-negara lain yang kaya seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.Negara-negara ini akan melambakkan hasil pertanian mereka kepada negara-negara miskin ini.Dan sebagai tukaran sudah tentu kedaulatan negara tersebut akan terancam dengan campur tangan politik. Ini berlaku kepada Venezuela baru-baru ini.AS mengambil kesempatan atas krisi politik dan ekonomi  di Venezuela dan menggunakan makanan sebagai senjata bagi membantu sekutunya Guado dan meraih sokongan rakyat.Seterusnya rakyat di negara tersebut akan menjadi mangsa keadaan dan negara akan diceroboh oleh kuasa besar.Contoh lainnya, Ghana suatu ketika pada tahun 70 an menghasilkan beras namun import beras kemudiannya telah mengambil alih 64% dari pasarannya pada tahun 2002.Seterusnya pada tahun 2003, AS telah mengeksport 110,000 tan beras kepada Ghana.Sudah tentu ia dapat melakukan ini dengan sokongan dan subsidi kepada petani di AS sebanyak 1.3 billion !

Akhirnya mazhab yang ketiga ialah negara yang berpegang kepada konsep self sufficiency-negara tersebut mampu menghasilkan 100 % bekalan makanan bagi keperluan negaranya dan lebihan di eksport ke negara-negara lain.Antara negara yang berpegang kepada mazhab ini ialah Vietnam,Thailand, India dan Indonesia di mana keperluan asas seperti beras terpenuhi.Seharusnya negara kita menuju ke arah ini di mana kita dapat menjaga kedaulatan makanan dan seterusnya melindungi petani kita dengan memberi keutamaan kepada poduk agromakanan yang dihasilkan mereka.

MOA-KEMENTERIAN YANG DILINGKARI MASALAH

Baru-baru ini, menteri MOA Salahuddin Ayub, dalam satu majlis bersama pegawai-pegawai kementerian pertanian mengatakan adakah MOA selama ini gagal mengangkat martabat petani,nelayan dan penternak kerana golongan ini masih berada dalam kelompok B40.Dr. Mahathir juga dengan nada yang sama mengatakan dahulu petani dan nelayan miskin dan sampai sekarang pun masih miskin.Mengapa ini masih berterusan?

Perkara ini harus kita telusuri.Kegiatan pertanian kita suatu ketika dahulu yang berasaskan organik telah beralih kepada kaedah pertanian yang kononnya moden dan  monoculture(getah,sawit) terbukti tidak mapan(sustainable).

Dahulunya pesawah kita mempunyai banyak hasil sampingan dari tanaman padi.Dari sawah padi mereka mendapat hasil ikan haruan dan sepat.Ikan ini seterusnya dibuat ikan kering.Sebahagian dari padi juga boleh dibuat dedak dan manjadi makanan ayam.Selain itu,padi juga boleh disepadukan dengan penternakan itik.Semua ini adalah hasil sampingan dari sawah padi.Jadi tidak mustahil jika orang tua kita dahulu, walaupun mempunyai 10 orang anak mereka mampu membesarnya anak-anaknya dengan baik.

Malangnya semua ini berubah setelah kita menggunakan kaedah pertanian moden yang sangat bergantung kepada penggunaan kimia.Akibatnya kaedah ini memusnahkan hasil sampingan lain seperti yang disebutkan di atas.Dengan ini pendapatan petani telah berkurangan.Dalam lawatan Dr.Mahathir ke beberapa kebun-kebun di Selangor sebelum ini,beliau mencadangkan supaya petani menanam menggunakan kaedah mix farmingdan menanam cash cropyang boleh menampung pendapatan apabila harga komoditi getah dan sawit jatuh.Kaedah ini sebenarnya telah lama diamalkan oleh petani dahulu.Masalah ini menghantui kita apabila kerajaan beralih kepada kaedah industrial agricultureyang berskala besar.Pertanian agribusiness secara berskala besar ini sebenarnya membawa masalah dan bukannya memberi penyelesaian.Ini ditegaskan oleh Prof. Jomo baru-baru ini dalam makalahnya.Beliau menyebut bahawa kaedah industrial agricultureyang menakut-nakutkan kita dengan kurangnya bekalan makanan dan mencanangkan kononnnya kita harus melipat gandakan pengeluaran bagi mengatasi populasi dunia yang akan meningkat pada 2050 dan kononnya kaedah inilah satu-satunya penyelesaian adalah tidak benar.Beliau mengatakan kebanyakkan pengeluaran produk pertanian sebenarnya dikeluarkan oleh petani-petani kecil yang disebut family farmer.Mereka sebenarnya membekalkan 2/3 dari keperluan makanan negara-negara membangun.Bahkan seorang penulis bernama Timothy Wise dalam buku terbarunya “Eating tomorrow : Agribusiness,family farmers and the battle for the future of food” berhujah bahawa kebanyakkan kaedah/pendekatan kerajaan,syarikat swasta dan korporat adalah menyesatkan dan menyeleweng.

Kaedah yang digunapakai kerajaan dalam agribusiness ini menyebabkan petani bergantung sepenuhnya terhadap kerajaan. Mereka mengawal benih tanaman,baja kimia, kaedah pemutuan yang tidak adil dan seterusnya menjerut leher petani-petani kita yang terpaksa menggemis mengharap ihsan dari mereka.

Sudah tentu dengan permasalahan yang melingkari bidang ini, ianya tidak menarik minat belia kita supaya menceburinya.Bahkan statistik menunjukkan bahawa 70% dari petani berusia 45 tahun ke atas.

Namun demikian, anak mudalah juga yang menjadi harapan bagi meneruskan kerjaya yang menjadi tradisi orang Melayu selama ini.Kita harus kembali semula ke asal dengan memperbanyakkan pertanian berskala kecil dengan kaedah organik dengan nama-nama baru seperti permaculture,agroforestry,regenerative agriculture,natural farming dan seumpamanya.Masa depan bidang ini adalah di tangan mereka.



BIG PHARMA, GOVERNMENTS AND CORPORATIONS : YOU ALWAYS DANCE TO THE TUNE OF YOUR FUNDER

 Oleh Ameen Hussaini Sejak virus covid-19 melanda seluruh dunia, kita dapat melihat syarikat-syarikat big pharma berlumba-lumba menghasilkan...