Kemenangan mengejut Pakatan Harapan pada 9 Mei lalu nampaknya telah merubah lanskap politik Malaysia.Ia kemenangan bersejarah yang berjaya menumbangkan satu-satunya parti BN yang telah memerintah Malaysia selama 61 tahun sejak merdeka.Lebih mengejutkan bekas PM ke 4 Tun Mahathir kembali memegang tampuk pemerintahan dengan menjadi PM buat kali kedua.Dalam rekod dunia, beliau adalah PM yang paling tua iaitu menjadi PM pada usia 93 tahun.Kemunculan Tun Malaysia bukan sahaja merubah lanskap politik Malaysia, bahkan ia juga turut merubah geopolitik Asia Tenggara.
Berani menghadapi kuasa besar
Sebelum PRU 14,umum mengetahui kecenderungan yang berlebihan Malaysia terhadap pelaburan dari China.PM ketika itu, Najib Razak memberikan projek berskala besar kepada China dengan runding terus tanpa melalui tender terbuka misalnya projek ECRL yang kontroversi itu.Sementara Malaysia pula terletak dalam lokasi strategik antara Laut China Selatan dan Lautan Hindi. Lokasi ini penting bagi menjayakan projek laluan sutera laut abad ke 21 yang Malaysia merupakan laluannya.Dalam masa yang sama, menurut Hishamuddin Rais, China akan memilih negara yang pemimpinya bermasalah dan mempunyai hasil bumi yang kaya.Kedua-dua ciri ini ada pada Malaysia.
Kecenderungan yang berlebihan ini tidak menyenangkan Tun Mahathir.Tindakan ini dikritik dalam ceramah dan kempennya.Malaysia sebelumnya adalah negara berkecuali dan berdagang dengan semua negara dengan keuntungan kepada kedua pihak.
Namun sebaliknya berlaku sebelum PRU 14.Kontrak-kontrak yang dimeterai terlalu berpihak kepada China dan boleh dikatakan menjejaskan kedaulatan negara kita.Bahkan negara tersebut telah membina tembok besar sepanjang 9 km di Kuantan.Anehnya sesiapapun tidak dibenarkan memasuki kawasan ini hatta pihak berkuasa di Malaysia sekalipun.Ia umpama wilayah China di Malaysia.
Oleh itu,sebaik diangkat menjadi PM, Tun Mahathir segera memenuhi jemputan ke Jepun, bagi menghadiri sebuah persidangan di sana. Ini secara tersirat telah menghantar mesej kepada China bahawa Malaysia tidak akan bergantung pelaburan kepada hanya satu negara sahaja.Tun Mahathir juga telah mengumumkan akan menghidupkan semua dasar pandang ke timur dengan mengambil Jepun sebagai model sebuah negara yang maju.Segala gerak-geri dan ucapan beliau diperhatikan dengan teliti oleh negara jiran.
Beliau turut berkata bahawa semua projek yang telah dimeterai dengan tidak mengikut prosedur yang betul akan disemak semula.Tindakan ini menghantar mesej China bahawa Malaysia tidak akan tunduk kepada kuasa besar dan tidak akan dibuli. Tindakan berani ini pastinya akan merubah geopolitik Asia Tenggara bagi mengimbangi kehadiran dan asakan ketara mana-mana negara yang ingin mendominasi wilayah ini.
Jurucakap ASEAN
Asakan China di Laut China Selatan telah menyebabkan wilayah ini menjadi tegang. China telah menuntut 90 % hak milik ini di laut ini.Ini kerana wilayah ini kaya dengan sumber ikan dan dipercayai mempunyai sumber minyak yang banyak.
Tambakan yang dibuat dengan membina pulau-pulau buatan telah menimbulkan ketegangan kerana ia merupakan laluan kapal dagang. Kekhuatiran ini berasas kerana pulau-pulau buatan ini akan menempatkan pesawat perang China dan kapal-kapalnya.
Antara negara-negara yang tidak tidak senang akan asakan China ini ialah Vietnam, Indonesia dan Filipina.Vietnam bahkan menukar nama sebahagian lautnya kepada Laut Vietnam Timur. Filipina pula, walaupun mahkamah antarabangsa memutuskan bahawa bahagian tertentu Laut China Selatan sebagai miliknya namun keputusan ini ditolak oleh China.Bahkan untuk menggali minyak di kawasan tersebut, Filipina harus meminta izin dari China.Walaupun dominasi China ketara, namun ASEAN tidak mempunyai jurucakap bagi menyatakan pendirian mereka.Mereka bersuara secara berasingan dan tidak menyatu kerana mempunyai kepentingan masing-masing di samping tidak mempunyai pemimpin yang kuat.
Kemunculan semula Tun Mahathir di persada politik negara mungkin merubah keadaan ini.Di rantau ini,beliau merupakan pemimpin ASEAN yang paling senior selepas kematian mendiang Lee Kuan Yew.Ini merupakan kelebihan buat Malaysia untuk menjadi pemimpin dan jurucakap ASEAN.Tun Mahathir turut menekankan bahawa wilayah ini tidak perlu akan kehadiran airraft carrierdan kapal perang. Kerana kehadiran kapal perang akan menarik perhatian kapal perang lain.ASEAN sendiri boleh menjaga wilayahnya.Cukup hanya dengan bot patrol.Tun Mahathir turut menekankan akan pentingnya freedom of navigationbagi memberi kebebasan terhadap kapal-kapal dagang melalui wilayah ini dengan selamat tanpa sekatan mana-mana negara lain.Zaman penjajahan secara langsung telah berakhir,namun kita khuatir akan munculnya penjajahan versi baru.
Amaran penjajahan bentuk baru
Selepas tamat zaman penjajahan,Sukarno pernah memberi amaran akan datangnya neo kolonialisme atau penjajahan bentuk baru. Tun Mahathir juga dalam sidang media di China baru-baru ini di depan PM Li Keqiang memberi amaran terhadap new version of colonialismatau penjajahan dalam versi baru.Kedua-dua amaran ini mempunyai asasnya.Ia merujuk kepada penjajahan melalui perdagangan dengan perangkap hutang.Hutang yang diberikan dalam jumlah yang sangat besar sehingga negara tersebut tidak mampu membayarnya.Inilah yang dilakukan oleh China terhadap negara seperti Sri Lanka dan juga beberapa negara Afrika.
Melihat kepada pattern atau corak ini,Tun Mahathir bimbang Malaysia juga masuk dalam perangkap hutang yang sama.Sebab itu beliau berkata kepada PM Li Keqiang bahawa memang beliau setuju dengan dasar free trade. Akan tetapi free tradejuga seharusnya fair trade!
Sudah tentu tindakan-tindakan ini tidak akan menyenangkan China.Tambahan beberapa projek mereka dibatalkan seperti ERCL dan juga beberapa paip gas di Sabah.Namun seorang pemimpin haruslah berani dan bersikap tegas dan mempertahankan kedaulatan negaranya dari sebarang ancaman.Di Asia Tenggara kita memiliki dua pemimpin yang berani berhadapan dengan kuasa besar iaitu Sukarno dan Tun Mahathir.
Ameen Hussaini