Buah
nangka adalah buah-buahan tropika yang banyak terdapat di Malaysia. Buahnya
manis dan enak dimakan. Di Malaysia, buah nangka turut dibuat menu dalam
masakan seperti gulai nangka. Berbeza dengan nangka yang masak dan boleh terus
dimakan, nangka muda digunakan dalam membuat gulai . Namun siapa sangka, di
Kerala, seorang eksekutif Microsoft telah menemui khasiat baru buah
nangka-sebagai perawat kencing manis.
James
Joseph adalah seorang eksekutif di syarikat gergasi perisian Microsoft. Beliau
telah 20 tahun lamanya bekerja di syarikat itu. Eksekutif berpangkat penagrah
ini bertanggungjawab menjaga hubungan antara Microsoft dengan 200
syarikat-syarikat besar di India. Setelah lama bekerja dengan Microsoft, timbul
hasrat untuk pulang ke kampung halamannya di Kerala, India. Namun bukan setakat
pulang bercuti biasa, akan tetapi, beliau memohon untuk bekerja untuk Microsoft
dari rumah di kampungnya. Kira-kira work from homelah kalau ikut istilah
sekarang ini. Ini satu permintaan yang sukar dipenuhi oleh Microsoft pada masa
itu. Namun akhirnya beliau berjaya meyakinkan bosnya dan permohonannya diluluskan.
Semasa
di Kerala, beliau meneruskan kerjayanya seperti biasa. Kebetulan, di halaman
rumah beliau terdapat pokok nangka yang sedang berbuah. Semasa beliau bekerja,
beliau memerhati buah itu semakin membesar. Buah yang telah masak itu dipetik
dan diberi pada anaknya. Anaknya dengan gembira bersuara “wah enaknya buah
ini”! Alangkah baik kalau saya dapat memakan buah ini sepanjang tahun.
Pada
suatu hari, ketika sedang makan di sebuah restoran ternama, mereka dihidangkan
dengan menu mash potato. Justeru, beliau pun berfikir, kenapa menu yang sama
tidak boleh dibuat dengan nangka? Ini kerana isi nangka seakan daging dan boleh
dibuat pelbagai menu. Seperti di Malaysia, isinya yang muda boleh dimasak dan
dibuat gulai nangka. Dia pun berfikir, kenapa buah nangka tidak boleh dibuat
side dish menu seperti apple pie. Ini kerana buah nangka lebih bernutrisi daripada
sayuran lain seperti cendawan dan juga lebih bernutrisi dari daging. Lantaran
itu, James pun melanjutkan kajian beliau untuk meneroka manfaat lain buah
tersebut.
Hasil
tinjauan beliau, buah nangka juga mempunyai nilai perubatan dan berupaya merawat
pesakit kencing manis dengan menurunkan paras gula dalam darah. Oleh itu, ini
akan mengurangkan pengambilan insulin dari semasa ke ke semasa. Tambahan pula, glycemic load dalam nangka
muda hanya separuh dari nasi dan gandum dan ia boleh menjadi pengganti
karbohidrat dan sesuai dimakan oleh pesakit kencing manis. Dalam pada itu, tinjauan
yang beliau lakukan di Kerala pula menunjukkan bahawa 75% dari buah nangka itu
terbuang begitu sahaja. Dengan penemuan ini, beliau dapat menyelesaikan masalah
pembaziran ini dan dalam masa yang sama dapat membantu para petani untuk meraih
lebihan pendapatan.
Semasa
James bekerja dari rumah di Kerala, beliau sempat menulis buku bertajuk God’s
own office. Buku ini mengisahkan perjalanan beliau yang bekerja dalam dunia korporat
tetapi masih terhubung dengan kampung halaman di India. Ia menceritakan bagaimana
beliau kembali ke Kerala dan usaha-usaha beliau untuk membangun sosio-ekonomi
masyarakat di kampungya.
Suatu
ketika, presiden India ketika itu, Dr. Abdul Kalam telah membaca buku beliau.
Kagum dengan penulisan buku tersebut, Presiden Abdul Kalam pun menjemput Joseph
ke pejabat beliau. Setelah bertemu, Joseph menerangkan kepada Abdul Kalam penemuannya
akan manfaat buah nangka. Dr Abdul Kalam memberi idea kepada beliau untuk
memasukkan nangka muda dalam menu seharian orang India seperti , chapati, roti
paratha, tosei dan lain-lain. Dengan cara ini, pesakit diabetis tidak perlu
untuk menukar menu mereka dan dalam masa yang sama dapat merawat pesakit
tersebut. Dr Abdul Kalam berkata, jika beliau berjaya mencipta tepung tersebut,
beliau akan membantu untuk memasarkannya. Dari pertemuan ini, tercetuslah idea
untuk membuat tepung nangka. Setelah melakukan percubaan demi percubaan akhirnya
beliau menemui formula yang tepat untuk mencampurkan tepung nangka dalam
pembuatan masakan orang India yang menggunakan tepung gamdum seperti roti
paratha dan lain-lain. Malangnya setelah
berliau berjaya mencipta tepung nangka, presiden Abdul Kalam telahpun meninggal
dunia. Tetapi James tetap memberi kredit kerpada Dr Abdul Kalam kerana telah mengilhami
beliau akan idea ini.
Setelah
tepung nangka ini dimasukkan dalam menu-menu seperti roti paratha, capati dan
lain-lain, beliau dapati paras gula dalam pesakit diabetis ini semakin menurun
dan pengambilan insulin turut berkurangan. Untuk tempoh 3 bulan jika dimakan
berterusan selama 3 kali sehari, pesakit yang ditemui tidak perlu lagi
mengambil ubat selepas tempoh tersebut. Ini satu terobosan yang berjaya
dilakukan oleh James Joseph dalam bidang pemprosesan makanan. Tambahan pula
beliau menggunakan buah-buahan tempatan yang terdapat begitu banyak di kampungnya.
Berkait
dengan hal ini, buah nangka juga terdapat di negara kita. Kita harus membuat kajian ke atas buah-buahan
tempatan kita agar dapat dikormersialkan dan memberi pendapatan tambahan kepada
para petani dan menukar kerjaya mereka bukan hanya bertani akan tetapi mampu
juga untuk menjadi pengusaha yang boleh mengeluarkan barangan. Kajian-kajian
ini seharusnya dilakukan di universiti-universiti agar dapat dimanfaatkan
potensi buah-buahan tropika dan dapat mencipta kekayaan buat para petani kita. Kita
mempunyai universiti pertanian Malaysia sebelum ini yang menumpu pada
kajian-kajian pertanian tapi malangnya ada tangan-tangan jahat yang telah menukar
arah tumpuan universitiu tersebut dengan menukar namanya kepada universiti putra
Malaysia-suatu nama yang tidak ada makna. Perbuatan yang silap harus
diperbaiki. Saya berpandangan nama tersebut harus ditukar semula kepada nama
asalnya. Jika tidak, negara kita akan terus-menerus ketinggalan dalam bidang
pertanian. Apatah lagi di tengah-tengah pandemik covid-19 ini di mana bekalan
makanan dari negara-negara lain terganggu kerana mereka mengutamakan bekalan untuk
dalam negeri mereka sendiri. Kata pepatah melayu, kalau sesat di hujung jalan
kembalilah ke pangkal jalan. Jadi persoalannnya, adakah kerajaan kini mau
kembali ke pangkal jalan?
No comments:
Post a Comment