Oleh Ameen Hussaini
Sebaik pakatan harapan meraih kemenangan bersejarah menumbangkan UMNO/BN, Dr. Mahathir telah diangkat menjadi PM ke 7.Menurut penjanjian tidak rasmi,Anwar Ibrahim akan menggantikan Dr. Mahathir sebagai PM ke 8 selepas 2 tahun iaitu pada tahun 2020.
Sebaik menjadi PM, Dr Mahathir telahpun menyegerakan proses pengampunan diraja bagi saudara Anwar dan beliau pun dibebaskan. Ini kali kedua Dr. Mahathir membawa pengampunan diraja melibatkan kes yang telahpun disabitkan kesalahan melibatkan orang politik. Yang pertama ialah kes Datuk Harun Idris, menteri besar Selangor pada tahun 70 an.
Sebaik dibebaskan Anwar Ibrahim mengorak langkah untuk menjadi PM dengan bertanding di kerusi parlimen Port Discson sebuah negeri yang diketuai PKR.Pilihan ini tepat dan Anwar menang besar.Namun demikian, adakah Anwar mempunyai laluan mudah seperti dirancang untuk menjadi PM?Sebelum menjadi PM seseorang itu haruslah disediakan laluannya atau nampak tanda-tandanya bahawa PM sedang menyediakan oraang tersebut bagi menggantikan tempatnya.
MEMILIH SUCCESSOR
Seperti yang disebut di atas, sebelum seseorang PM memilih pengganti,beliau biasanya akan “groom” seseorang sebagai penggantinya. Adakah Anwar Ibrahim orang tersebut? Dalam gerak politiknya, nampaknya Dr. Mahathir lebih cenderung memilih Azmin Ali. Ramai yang terkejut apabila Azmin tiba-tiba dipilih untuk menerajui sebuah kementerian baru yang dibentuk. Apatah lagi beliau ketika itu sedang menjawat jawatan menteri besar. Sebaik dipilih oleh Dr. Mahathir, Azmin segera menyetujuinya. Dengan langkah ini Dr. Mahathir telah” kidnap” orang PKR untuk memasuki kemnya. Sudah tentu Azmin akan membalas budi Dr. Mahathir atas kepercayaan yang diberikan padanya untuk menerajui sebuah kementerian kanan yang di anggap berprestij itu. Kita dapat melihat selepas itu, kenyataan-kenyataan Azmin yang berpihak kepada Dr. Mahathir dan parti BERSATU apabila Dr. Mahathir menerima kemasukan ahli parlimen UMNO ke dalam parti tersebut. Ini menunjukkan Azmin telahpun menjadi orang Dr. Mahathir. Catur Dr. Mahathir ini menyebabkan Anwar tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa.
Seterusnya, sekali lagi Anwar dipinggirkan apabila beliau tidak dilantik menjadi anggota majlis tindakan ekonomi yang terdiri dari 16 orang untuk menangani permasalahan ekonomi negara.Sebaliknya Dr. Mahathir memilih orang-orangnya seperti Dr. Muhammed dan Tan Sri Rafidah Aziz dan sudah tentu Azmin Ali. Tugas-tugas besar ternyata diletakkan atas bahu Azmin berbanding Anwar.Dengan ini, mungkinkah Azmin yang akan menjadi TPM seterusnya menggantikan tempat Dr. Wan Azizah yang dilihat tidak lagi relevan selepas beliau tidak lagi menjadi Presiden PKR.
KEKURANGAN PENYOKONG
Bola pengimbang sekarang ini nampaknya berpihak kepada Dr. Mahathir.Dengan sokongan ahli parlimen UMNO yang memasuki BERSATU, telah menguatkan parti tersebut dalam PH. Dari hanya 13 ahli parlimen,kini telah melonjak ke 22 ahli parlimen. Catur Dr.Mahathir berupaya menarik sokongan ahli-ahli UMNO terhadapnya sebaliknya Anwar tidak berjaya menarik sokongan mereka untuk menyertai partinya.Namun pemberat ini boleh berubah jika Anwar berupaya mempengaruhi ahli parlimen PAS untuk menyokongnya.Sebaliknya ini juga tidak kelihatan akan menjadi kenyataan. Dengan kes 90 juta pemimpin-pemimpin PAS dengan sedang di siasat SPRM, ternyata Dr. Mahathir mempunyai senjata rahsia yang boleh digunakan beliau bila-bila untuk mengugut pemimpin-pemimpin PAS untuk menyebelahinya ataupun menyerang dan memberi pukulan maut kepada PAS.
ANWAR DAN PLURALISME
Selain itu, imej Anwar dikalangan orang-orang Melayu telah merosot dengan teruk. Anwar dilihat sebagai seorang yang agak cenderung kepada aliran liberal dan pluralisme.Beliau sering menghadiri perayaan-perayaan agama lain terutama perayaan penganut agama hindu seperti perayaan ponggal baru-baru ini. Memakai armom dan menari di atas pentas anjuran penganut hindu telah mencemar imejnya sebagai seorang pemimpim Islam. Dalam hal ini, kita boleh memuji ketegasan Dr. Mahathir yang tidak menyambut perayaan-perayaan ini seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Selanjutnya beliau juga dilihat cenderung kepada pluralisme agama. Trend beliau ini boleh dijejak dalam ucapan beliau di London school of economics. Dalam ucapan di sana, beliau mengatakan pluralisme agama bukan perkara baru-bahkan Rumi dan Ibn Arabi juga menyokong aliran pluralisme ini. Ucapan beliau ini jauh menyimpang dari kebenaran bahkan Rumi maupun Ibn Arabi tidak pernah menyokong pluralisme agama.Perkara ini jelas kelihatan apabila kita membaca tulisan kedua ulama’ ini dalam karya asal mereka. Dengan tidak tanduk beliau ini, sudah tentu sokongan orang Melayu terhadap beliau akan merosot dan beliau nampaknya tidak boleh diharap menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam apabila menjadi PM nanti. Politik beliau telah menjadi lesu dan orang Melayu tidak lagi ghairah untuk menobatkan beliau sebagai PM ke 8.Bahkan kerisauan pula yang menyelubungi fikiran mereka bahawa mungkin lebih teruk jika Anwa menjadi PM nanti.
KISAH DATUK HARUN
Dalam permulaan makalah di atas ada disebut salah seorang yang menerima pengampunan di raja iaitu Datuk Harun. Beliau adalah ketua pemuda UMNO yang paling berwibawa dan seorang berpotensi untuk naik ke atas menjadi pemimpin bahkan menjadi PM. Dr. Mahathir sedar akan perkara ini. Justeru beliau bertindak bijak dengan membawa kes Datuk harun ke hadapan agong untuk diberi pengampunan.Namun Dr. Mahathir sempat berpesan kepada Datuk Harun agar beliau tidak lagi aktif dalam polituk selepas ini. Datuk Harun terpaksa akur kerana budi Dr Mahathir walaupun beliau mahu aktif semula dalam politik.Dengan ini, Dr. Mahathir telah mematikan karier Datuk Harun. Justeru, apabila Dr. Mahathir membawa pengampunan kes Anwar Ibrahim, adakah secara tak langsung Dr. Mahathir menyampaikan mesej kepada Anwar untuk bersara dari politik ?
Justeru apakah yang Anwar Ibrahim perlu lakukan untuk menjadi PM? Tunggu sambungan..
No comments:
Post a Comment