Laungan merdeka memang mudah dipekik,tapi taukah rakyat Malaysia akan makna sebenarnya merdeka buat kali.Presiden Sukarno pernah berkata”perjuangan ku lebih mudah kerana mengusir penjajah, tapi perjuanganmu akan lebih sulit kerana melawan bangsamu sendiri”.Inilah maksudnya apabila Tun Mahathir berkata merdeka pada tahun ini sangat bermakna umpama kita merdeka buat kali kedua. Ini kerana kali ini kita rakyat Malaysia menyambut kejayaan menumbangkan sebuah kerajaan kleptokrasi/penyamun/perompak. Sebuah rejim yang telah mengakar kukuh selama 61 tahun tumbang menyembah bumi.
AZIZ ISHAK MANGSA PERTAMA
Kata-kata Sukarno itu mempunyai maksud yang mendalam.Sebaik merdeka,penjajah tidak meninggalkan tanah jajahannya begitu sahaja tanpa dipantau.Segala kepentingannya dipastikan tidak akan tergugat.Oleh itu,penjajah British memastikan bahawa Malaya akan diserahkan kepada pihak yang akan mengikut telunjuknya.
Bukti bahawa kita tidak merdeka sepenuhnya boleh dilihat dalam kes penganiayaan terhadap Aziz Ishak mangsa politik yang pertama di zaman awal kemerdekaan.Aziz Ishak adalah menteri pertanian pertama kerajaan persekutuan ketika itu. Beliau adalah seorang menteri yang cergas dan bertenaga dengan senantiasa menjalankan pelbagai projek bagi memajukan bidang pertanian dan meningkatkan taraf hidup petani-petani kita.
Kerajaan Malaysia ketika itu dipaksa membeli baja phosphate yang dilanggan dari syarikat milikan British bagi kegunaan projek-projek pertanian diseluruh Malaya.Namun Aziz Ishak atas kapasitinya sebagai menteri pertanian,mencadangkan kepada kerajaan supaya menggunakan baja urea yang lebih baik dan membelinya dari syarikat India.Tindakan beliau sudah tentu tidak menyenangkan syarikat British yang akan kehilangan kontrak sekiranya cadangannya diterima.Ideanya ini ditolak oleh Tunku demi menjaga kelangsungan syarikat British.Namun apabila Aziz Ishak nekad mahu meneruskannya,Tunku dan menteri-menteri lain yang tidak senang dengan beliau bertindak meminggirkan beliau. Beliau tak semena-mena dipindahkan ke kementerian kesihatan dengan serta-merta dan tanpa sebab yang munasabah.Seterusnya beliau difitnah kononnya bersekongkol dengan negara Indonesia semasa zaman konfrantasi dan akhirnya dipenjarakan di bawah ISA sehingga dimatikan kerjaya politiknya.Ini bukti bahawa kita diberi kemerdekaan,namun ianya bersyarat dan terbatas.Kita tidak merdeka sepenuhnya.
AMARAN ABDULLAH FAHIM
Kata Haji Abdullah Fahim“Bila kita dah merdeka nanti,jangan ada pemimpin buat kekayaan di atas belakang rakyat”.Amaran dari ulamak UMNO ini tampaknya tidak dipedulikan oleh pemimpin-pemimpinnya.Buktinya dapat dilihat dari susutnya jumlah tanah rezab Melayu sehinggal berbaki tinggal hanya 12% dari jumlah yang ditinggalkan.Disebabkan rakusnya mereka menimbum kekayaan sehingga tergamak menukar status tanah rezab Melayu untuk dijual di pasaran terbuka tanpa menggantikaannya.Perkara ini boleh berlaku kerana yang memegang tampuk kepimpinan bukanlah mereka yang layak memimpin.Mereka bukan pejuang tulen melainkan orang yang dipilih oleh penjajah to run this country.Corak dan pemikiran mereka telah dibentuk sehingga Dato Oon pernah berkata”ada orang yang rupa dan kulitnya Melayu tapi jiwa raganya adalah Inggeris”.
MALAYSIA SASARAN KAPITALISME
Kerana lokasinya yang strategik,Malaysia menjadi sasaran kuasa-kuasa besar bagi menjayakan projek dan agendanya.Sejak kebelakangaan ini,umum mengetahui bagaimana bahayanya keadaan dan kedudukan negara kita yang menjadi sasaran kuasa besar China.Malangnya pemimpin kita lemah dan tidak mempunyai ketrampilan dalam perundingaan. Projek-projek yang dipersetujui adalah berat sebelah dan tidak mempunyai manfaat kepada kita.Sehingga Tun Mahathir berasa begitu hairan dan menganggap perjanjiaan itu adalah penjanjian bodoh.Sudah tentu sasaranya adalah pimpinan kerajaan terdahulu yang menggadaikan kepentingan negara bertuah ini.
Walaupun banyak kes yang berlaku di mana negara-negara tertentu yang berurusan dengan kuasa besar, pemimpin kita nampaknya tidak mengambil iktibar.Sri Lanka misalnya, diperangkap dengana hutang oleh China dalam projek yang merugikan sehingga terpaksa menyerahkan pelabuhan Hambantota dengan pajakan selama 99 tahun.
Di negara kita pula, sebuah tembok dibina di Kuantan umpama tembok besar China seolah-olah ianya adalah wilayah China di dalam Malaysia ! Begitu juga di sebelah selatan Johor di mana sebuah projek dengan pelaburan USD 100 billion bagi membina penempatan dengan kapasiti 700,000 ribu penduduk yang hampir kesemunya dari tanah besar China.Jika mereka dibenarkan membeli dan tinggal di negara ini sudah tentu demografi penduduk Johor akan berubah dan seterusnya anak pinak mereka ini akan menjalar ke Malaysia.Namun syukur PRU 14 telah merubah segalanya. Tun Mahathir memberi amaran bahawa kerajaan tidak akan memberi visa kepada pembeli projek ini kerana ia dibina semata-mata untuk pembeli dari China.
Negara ini hampir ditelan oleh naga besar dan kedaulatannya terancam.Kita tidak menolak pelaburan akan tetapi pelaburan itu mestilah memberi keadilan dan keuntungan bagi kedua pihak.
CONTOH JEPUN DAN SINGAPURA
Jepun sebuah negara yang boleh dijadikan contoh bagaimana ia mampu bangkit dari kekalahan.Sebaik tewas dalam perang dunia kedua dan bandarnya musnah dilemparkan bom atom,pemimpin-pemimpin Jepun telah berhimpun di sebuah Pulau.Segala bijak pandai Jepun berhimpun di situ bagi memikirkan masa depan Jepun sesudah perang dunia kedua.Setelah berbincang mereka mencapai satu persetujuan bahawa kita telah kalah di medan perang,tetapi kita akan membuka sebuah medan peperangan yang baru iaitu peperangan di medan ekonomi.Dari situ Jepun bangkit dan menumpunkan pada perusahaan-perusahaan yang utama supaya ia dapat bersaingan semula diperingkat antarabangsa.Dalam sektor automotif misalnya,Jepun berjaya menghasilkan keretanya sendiri sehingga keretanya dapat menembus pasaran Amerika.
Tidak jauh dari kita adalah Singapura.Sebaik dibebaskan diri dari Malaysia,Singapura tidak menoleh kebelakang dan mengorak langkah memajukan negara dan rakyatnya.Dengan memilih kepimpinan yang terbaik dan orang yang paling layak, Singapura ternyata lebih maju dari kita dalam banyak bidang.Dalam sektor pelabuhan,Singapura muncul sebagai pelabuhan utama di Asia Tenggara.Dari segi ketenteraaan, ia adalah negara dengan pasukan tentera yang terbaik di Asia Tenggara.Dalam ukuran ekonominya GDP nya telah mengatasi Malaysia.Walhal ianya adalah negara kecil yang bergantung hatta sumber airnya kepada Malaysia ! Dalam banyak perundingan,kebanyakannya menguntungkan Singapura.
MALAYSIA BARU
9 Mei adalah tarikh keramat di mana kita rakyat Malaysia telah membuat kejutan.Gelombang kebangkitan rakyat dengan segala faktor telah mengalahkan sebuah parti telah berkuasa selama 61 tahun. Lebih manis lagi,peralihan ini berlaku tidak menumpahkan hatta setitik darah sekalipun.Tidak seperti mana di negara lain.Di silah uniknya rakyat Malaysia.
Dalam tempoh 100 hari pertama memerintah telah kelihatan banyak perubahan yang dilakukan.Institusi yang rosak seperti SPRM,SPR dan polis dipulihkan semula.Kuasa PM yang terlalu berkuasa sebelum ini telah pun dikurangkan.Orang-orang yang layak dan mempunyai rekod yang baik diletakkan bagi memimpin agensi-agensi kerajaan.Yang paling penting ialah lantikan politik telah ditamatkan di kementerian yang sebelum ini menelan belanja yang besar.Sekarang adalah fasa pemulihan yang sukar.Kerosakan yang berlaku jauh melebihi jangkauan.Namun kita kini berada di landasan yang betul bagi mengorak langkah maju ke hadapan. Negara ini kaya dengan hasil mahsul yang tidak ada hanya KEPIMPINAN.Sekarang semuanya telah berubah.Jika dahulu segala ruang untuk mengkritik dibungkam,namun kini ianya telah terbuka.Siapa mimpi pemimpin pembangkang boleh muncul di kaca tv.Presiden PAS diberi ruang untuk menyuarakan pandangannya.Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin UMNO bahkan debat mereka disiarkan secara langsung di kaca tv.Bukankah ini perubahan yang tidak pernah kita lihat sebelum ini.Kita harus besikap jujur dalam menilai dan memberi ruang yang seadilnya.Mana mungkin kerosakan 61 tahun hendak dibereskan dalam 100 hari !
Kita harus sama-sama memberi sumbangan yang sewajarnya dan memberi kritikan yang membina bagi membina semula Malaysia baru yang gemilang buat anak cucu kita.Merdeka ! merdeka! Merdeka !
Ameen Hussaini
Ameen Hussaini