Wednesday, January 30, 2019

8 bulan telah berlalu : Kementerian pertanian masih terkial-kial?



Menteri pertanian Salahuddin Ayub baru-baru ini dalam amanatnya kepada warga MOA telah berkata "bahawa tiada perubahan ketara kehidupan petani,pesawah,nelayan dan penternak dari dahulu hingga sekarang".Mengapa ini berlaku?

Kementerian pertanian merupakan kementerian yang penting kerana melibatkan keselamatan makanan negara dan ia merupakan kementerian yang rapat dengan rakyat kerana sebahagian besar rakyat Malaysia termasuk dalam golongan ini.

Bagi menjawab persoalan ini,kita harus melihat adakah subsidi,bantuan atau geran yang diberikan selama ini benar-benar mendatangkan pulangan dari peruntukan yang diberikan tersebut.Ini kerana golongan yang disebutkan di atas menerima banyak bantuan dari kementerian pertanian tetapi hasil yang diperolehi tidak seberapa dan golongan ini kekal pada tahap miskin.Oleh, itu adakah bantuan yang diberi dijadikan alat politik oleh kerajaan terdahulu bagi mengekalkan sokongan ?

Dari kenyataan menteri di atas ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam kaedah bantuan yang diberikan oleh MOA yang memerlukan semakan semula ke atas sasaran penerima subsidi-/geran dari MOA.Seharusnya bantuan atau pelaburan oleh kerajaan mendatangkan pulangan yang lebih baik,membuka peluang pekerjaan baru serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Tamatkan monopoli

Antara isu yang tak dapat diselesaikan oleh MOA sehingga kini ialah isu monopoli seperti BERNAS yang memegang lesen mengimport beras dan difahamkan kontrak ini hanya akan berakhir pada tahun 2021.Adakah MOA tidak begitu berdaya untuk berbuat sesuatu bagi berunding dengan BERNAS sehingga 2021 atau hanya sekadar menunggu dan membiarkan BERNAS terus memonopoli lesen mengimport beras.Dalam isu ini,kerajaan boleh bertindak dengan melantik syarikat lain sebagai pengimport bagi bersaing dengan BERNAS sehingga tempohnya tamat.Namun apapun ,sesuatu harus dilakukan dan tidak hanya menunggu dengan pasif.Sikap pasif Salahuddin Ayub ini akan memburukkan imej PH dan rakyat tidak akan merasakan apa-apa perubahan ketara sepanjang MOA di bawah pimpinan beliau.

Tindakan segera untuk memecahkan monopoli harus dilakukan.Lebih merisaukan baru-baru ini berita harian menyiarkan artikel dengan tajuk"jelapang padi negara terancam".Antara isu yang disentuh dalam tulisan tersebut bahawa kita tidak dapat memenuhi permintaan dalaman beras sebanyak 3 juta tan metrik sedangkan pengeluaran kita cuma 2 juta tan.Selebihnya terpaksa diimport dari negara jiran seperti Thailand dan Vietnam.Ini sudah tentu tidak mencapai tahap food security.Kenyataan Tun Daim yang memandang remeh isu self sufficiency dan food security dalam satu temu ramah baru-baru ini kononnya jika kita ada wang seperti Singapura kita boleh membeli beras dari mana-mana negara.Persoalan yang timbul, bagaimana jika negara tersebut tidak mau menjual atas sebab-sebab tertentu seperti peperangan misalnya?Bagaimana jika mereka menjual dengan harga yang tinggi?Bagimana jika berlaku krisis makanan ?.Semua persoalan ini tidak harus dipandang remeh oleh MOA dan mereka harus memikirkan jalan penyelesaian dengan turun ke bawah dan banyak berbincang organisasi-organisasi petani dan  kumpulan-kumpulan yang pakar dalam soal pertanian.Tambahan pula,dilaporkan bahawa tanah-tanah sawah di Kedah/Perlis semakin berkurang kerana ditukar menjadi taman perumahan.Ini berisiko untuk negara kita iaitu kita terpaksa menambah import dari luar kerana negeri-negeri ini mengeluarkan 40% keperluan beras dalam negara.














BIG PHARMA, GOVERNMENTS AND CORPORATIONS : YOU ALWAYS DANCE TO THE TUNE OF YOUR FUNDER

 Oleh Ameen Hussaini Sejak virus covid-19 melanda seluruh dunia, kita dapat melihat syarikat-syarikat big pharma berlumba-lumba menghasilkan...