Baru-baru ini telah dipaparkan dalam muka depan Berita Harian dengan tajuk “Selamatkan padi negara”.Sudah tentu berita ini berkaitan dengan akta kualiti benih yang akan dibentangkan MOA dalam perlimen nanti.Akta yang kononnya akan mengawal “padi haram” yang beredar dipasaran.Padi tidak sah yang berleluasa ini dijadikan alasan oleh MOA untuk mengesahkan langkah mereka bagi menggubal undang-undang yang bukan saja akan mengawal benih padi,tetapi kesemua jenih tumbuhan ! Namun begitu,sebelum kita mengambil kesimpulan dengan dengan menyalahkan benih padi tidak sah ini ataupun disebut padi hantu dikalangan pesawah ada baiknya kita menyiasat dahulu motif sebenar disebalik akta ini.
Berbalik kepada benih padi sah yang digunakan pesawah,kita dapat lihat benih tersebut juga tidak berkualiti.Dalam video yang beredar di media sosial baru-baru ini,pesawah telah menguji benih tersebut dan ternyata bahawa dalam 2kg dari 20 kg dari benih adalah “benih hampung”.Jadi masalah ini berpunca dari pihak kerajaan sendiri yang tidak dapat mengawal mutu benih yang dibekalkan kepada pesawah.Dan apabila petani mengggunakan benih sendiri ianya dicop tidak sah dan timbul cadangan dari kerajaan untuk menggubal akta kualiti benih ini.Selain itu, bekalan benih padi sah ini tidak mencukupi dan ini menyukarkan petani bagi mendapatkan benih tersebut.[1]Sudah tentu perkara ini diambil kesempatan oleh broker atau orang tengah dengan menjual padi hantu bagi mengaut keuntungan. Dari situasi yang berlaku ini kita dapat melihat bahawa punca masalah ini adalah dari pihak kerajaan yang lemah dalam penguatkuasaan dan tidak menepati piawaian dalam perbekalan benih padi. Oleh itu,hasrat kerajaan bagi menggubal akta kualiti benih ini sudah tentu akan menjerut leher pesawah dan petani dan seterusnya akan memberi keuntungan kepada syarikat tertentu dengan memonopoli perbekalan benih.Akibat dari akta ini ,pesawah boleh dipenjarakan sekiranya menggunakan benih mereka sendiri seperti yang telah berlaku di Indonesia. Adakah MOA sedar akan perkara ini? Adakah dialog telah diadakan dengan petani yang terlibat bagi mendengar sendiri permasalahan mereka?MOA harus turun ke bawah dan tidak tergesa-gesa dalam menggubal sesuatu akta tanpa merujuk kepada semua pihak.Atau adakah ini satu persediaan sebelum kerajaan terlibat dengan satu lagi perjanjian peringkat antarabangsa yang bernama UPOV 1991?[2]Oleh itu, kami berharap pihak yang peka akan perkara ini akan beramai-ramai turun ke dewan perhimpunan Cina Selangor bagi mendengar forum “UPOV 1991 & Undang-undang benih ; Impak kepada petani,biodiversity dan masyarakat rabu ini.Sebarkan seramai mungkin supaya kesedaran ini menyeluruh kerana impak dari akta ini bukan hanya kepada petani namun kepada semua lapisan masyarakat kerana kita semua perlu makan dan petani adalah rantai pertama dalam rantaian bekalan makanan kita.
