Jerebu yang melanda negara kita baru-baru ini umpama bencana tahunan yang berulang saban tahun.Dikatakan asapnya berpunca dari kebakaran hutan di Kalimantan dan Riau.Namun masalah ini tidak pernah selesai.Setelah berlaku kebakaran yang menyebabkan jerebu melanda semua wilayah disekitarnya.Sementara itu, pihak berkuasa yang terpaksa memadamkan kebakaran akan tuding menuding antara satu sama lain-Malaysia akan menyalahkan Indonesia dan Indonesia akan menyalahkan Malaysia.
Di Malaysia pula, hutan tidak dibakar akan tetapi ia dibotakkan untuk pembalakan dan seterusnya untuk pembukaan ladang kelapa sawit.Di sini,Malaysia kelihatan agak cerdik dari Indonesia yang terang-terangan membakar hutan.Namun kedua-duanya membawa natijah yang sama-pemusnahan hutan dalam skala yang menakutkan.
Dari paparan kegiatan pemusnahan hutan dengan kaedah yang berbeza antara dua negara kita harus bertanya apa puncanya dan akar masalahnya.Mengapa isu ini masih tidak selesai.Jawapan kepada persoalan ini adalah pembukaan ladang kelapa sawit dan ketamakan konglomerat/korporat.
Selagi mana punca ini tidak kita hadapi dan tangani,masalah jerebu tetap akan berulang.
Di Malaysia,kita dapat lihat satu trend yang mana kerakusan korporat untuk menebang balak dan seterusnya kawasan tersebut akan ditukar kepada ladang kelapa sawit dan seterusnya akan ditukar menjadi kawasan perumahan.Dalam ketiga-tiga kegiatan ini semuanya menguntungkan korporat.
Di Indonesia pula, hutan yang dibakar dalam skala yang besar juga untuk memenuhi kehendak konglomerat yang akan membuka ladang kelapa sawit sehingga menyebabkan jerebu.Sebaliknya, kerajaan kemudiannya terpaksa mengerahkan jenteranya untuk memadamkan kebakaran tersebut.Selain jerebu,ia memusnahkan biodiversity,habitat orang utan dan membuka laluan kepada penanaman bersifat monoculture.Semua tindakan dan tindak balas ini untuk menjimatkan kos (tak perlu tebang hutan) dan menguntungkan syarikat korporat yang terlibat.
Statistik yang membimbangkan
Menurut google forest map, kadar kehilangan hutan di Malaysia adalah yang tertinggi di dunia pada period 2000-2002.Negara lain yang berada di belakang Malaysia ialah Paraguay dan Indonesia.Kehilangan hutan ini luasnya 47,278 kaki persegi iaitu lebih besar dari negara Denmark.
Kehilangan hutan yang mendadak ini akan mengakibatkan kekurangan pokok bagi menyedut gas CO2 yang terdapat di atmosfera. Gas karbon dioksida ini diserap oleh pokok semasa proses fotosintesis dan seterusnya membebaskan pula oksigen yang diperlukan oleh manusia.Oleh itu,ianya adalah hubungan timbal-balik antara manusia dan tumbuh-tumbuhan.
Karbon dioksida yang diserap seterusnya akan disimpan dalam daun dan batang pokok.Ini membawa maksud, selagi hutan kita terpelihara ia akan mengawal jumlah gas karbon dioksida yang berada di dalam udara dan akan mengurangkan kesan pemanasan global.Oleh itu,pokok adalah “pendingin hawa” semulajadi.
Jadi penekanan yang harus diberikan bukan isu global warming yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu seperti al Gore yang mempunyai agenda yang tersirat akan tetapi isu sebenar yang berlaku diperingkat local seperti deforestation seperti yang dijelaskan di atas.
Monoculture dan kemusnahan biodiversiti
Menebang hutan untuk penanaman kelapa sawit adalah monoculture. Ia memusnahkan ekosistem,menyebabkan hakisan dan memusnahkan habitat haiwan yang menghuninya.Pengeluaran kelapa sawit secara besar-besaran telah banyak memusnahkan hutan kita baik di Indonesia dan Malaysia.Bukat setakat haiwan, malah orang asli turut menjadi mangsa seperti yang berlaku di Kelantan.
Oleh itu, dari paparan yang diberikan, keburukannya mengatasi kebaikkannya.Kerajaan harus memikirkan alternatif bagi menjana ekonomi dari hutan.Teknik pertanian baru seperti syntropic farming atau agroforestry harus diperkenalkan supaya hutan tetap terpelihara disamping dapat menjana ekonomi secara mapan.Orang asli boleh dilibatkan dalam ekonomi ini kerana mereka arif dalam selok-belok hutan.
Jika pendapatan dapat dijana dari hutan tanpa perlu menebangnya ia akan membuka satu lapangan ekonomi yang baru dan model ini harus diperluaskan.
Dengan ini, kita dapat mengatasi punca kepada masalah jerebu.