Tuesday, December 31, 2019

Teropong 2020

Teropong 2020

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya dan tahun 2020 bakal menjelang. 2019 pergi dengan segala kenangannya dan 2020 datang dengan harapan.

Sudah 1 1/2 PH mentadbir Malaysia. Untuk seseorang individu menilai prestasi PH diperingkat nasional sudah tentu agak sukar dan memakan masa yang agak panjang. Oleh itu, lebih praktikal untuk kita menilainya di peringkat lokal.

Apabila PH memerintah sudah tentu kita mengharapkan perubahan terhadap kehidupan kita. Namun dalam kerajaan terdahulu, biasanya kehidupan yb yang berubah dan menjadi kaya raya dalam sekelip mata. Ini kita tak mau lihat berlaku dalam dalam kerajaan ph.

Telok Bahang adalah kawasan pelancongan. Berdekatan dengannya adalah Batu Feringgi. Sudah tentu limpahan dari BF akan pergi ke Telok Bahang. Jika kita lihat dari aspek makanan, kita akan dapati bahawa makanan yang disajikan kurang enak dan tidak menepati piawaian bagi menggamit selera pelancong. Ini agak malang kerana ia juga adalah kampung nelayan. Kenapa tidak diwujudkan rangkaian restoran ikan bakar dari ikan segar di kawasan tersebut? Begitu juga dengan masakan2 lain yang merupakan menu Pulau Pinang seperti mee goreng, char koew teow, gulai ikan, rendang santan dll. Dari itu, saya ingin mencadangkan kepada yb supaya dibuat kursus makanan kepada anak2 Telok Bahang yang ingin berniaga atau menjaja makanan. Dengan penyertaan kursus seperti ini, kita dapat memastikan masakan itu menepati piawaian untuk disajikan kepada pelancong sehingga orang dari luar akan sanggup datang ke sini untuk mencari menu2 tertentu.

Yang kedua, saya ingin mencadangkan kepada yb, untuk merombak semula pasar Telok Bahang agak menjadi lebih dinamik. Kita tidak mahu warisan kerajaan terdahulu yang lesu. Misalnya cuba lihat dewan serbaguna Telok Bahang. Ianya dibina setingkat dan memakan kawasan yang luas dan hanya digunakan pada waktu2 tertentu-kenduri misalnya. Bagaimana pada waktu lain? Ruang yang sebegitu luas tidak digunakan secara optimum atau fully utilise. Apa yang saya maksudkan, ia sepatutnya dibina bangunan bertingkat. Pada tingkat bawah boleh dibuka pasar basah;pada peringkat atas boleh dibuka untuk pasar kering. Dan pada tingkat seterusnya boleh dibuka ruang2 untuk perniagaan lain. Pada tingkat atas juga boleh dibina hotel kos sederhana atau kos rendah bagi menarik orang luar untuk berkunjung ke Telok Bahang. Dari situ, akan bercambah pertumbuhan ekonomi kawasan ini dan lama kelamaan akan berkembang menjadi bandar baru Telok Bahang.

Seterusnya, yb juga boleh menempatkan semula gerai2 panjaja yang telah dirobohkan sebelum ini dan membeli harapan semula kepada mereka untuk menyara hidup. Apatah lagi keadaan ekonomi dalam negeri kita sekarang tidak begitu baik. Semua sedia maklum akan kos sarah hidup yang semakin meningkat disebabkan harga barang keperluan asas yang bertambah mahal. Adalah normal bagi rakyat untuk berniaga kecil-kecilan bagi menampung keperluan hidupnya. Seorang yb harus mencari jalan dan menyediakan ruang kepada pengundi dikawasannya untuk meneruskan perniagaan yang telah mereka jalankan. Lebih baik lagi agar ianya berkembang me jadi lebih maju.

Sekian dahulu dua cadangan saya untuk yb untuk dipertimbangkan bagi DUN Telok Bahang. - Ameen Hussaini




BIG PHARMA, GOVERNMENTS AND CORPORATIONS : YOU ALWAYS DANCE TO THE TUNE OF YOUR FUNDER

 Oleh Ameen Hussaini Sejak virus covid-19 melanda seluruh dunia, kita dapat melihat syarikat-syarikat big pharma berlumba-lumba menghasilkan...