Saturday, January 11, 2020

FUNGSI KERAJAAN DALAM ERA MALAYSIA BARU

Dalam tinjauan yang dibuat oleh merdeka center baru-baru ini mendapati bahawa majoriti rakyat Malaysia(61%) tidak yakin bahawa negara ini sedang berada di atas landasan yang betul. Dari semua kebimbangan mereka, persoalan ekonomi menduduki tangga teratas.Jika kita pecahkan lagi, kebimbangan ekonomi merangkumi persoalan berikut : inflasi 53.1%, dan peluang pekerjaan 22.2%

Walaupun kerajaan meluncurkan wawasan kemakmuran 2030  bersama baru-baru ini, ia tetap tidak meredakan kegusaran rakyat seperti yang digambarkan dalam tinjauan tersebut.

Dari sini, perlu untuk kita mengimbau kembali fungsi kerajaan sebelum zaman Tun Mahathir menjadi PM ke 4. 

Semakan gaji setiap 5 tahun

Selepas merdeka,kita dapati hasil kerajaan ketika itu tidak banyak seperti sekarang.Ekonomi Malaysia ketika itu masih berasaskan pertanian. Penemuan minyak dan penubuhan petronas pun masih diperingkat awal.Namun demikian, kerajaan memilki hasil yang cukup untuk membiayai sektor-sektor kerajaan. Tahun 80 an misalnya, gaji RM 300 sudah mencukupi untuk seseorang yang bekeluarga. Ini kerana harga barangan asas ketika itu terkawal dan inflasi tidak begitu melonjak.Oleh itu,walaupun wang itu angkanya kelihatan kecil,akan tetapi wang tersebut mempunyai purchasing power. Tambahan pula, sebelum tahun 2002, kerajaan akan mengkaji gaji penjawat awam setiap 5 tahun. Namun malangnya sejak sistem saraan baru(SSM) dimansuhkan pada 1 November 2002, gaji penjawat awam tidak lagi dikaji sejak skim saraan Malaysia diperkenalkan. Sejak dari tarikh tersebut, bermakna sudah 18 tahun gaji pekerja penjawat awam tidak mendapat kenaikan yang munasabah, tetapi kos sara hidup meningkat dan harga barangan meningkat Ini mengurangkan kuasa beli penjawat awam. Sejak SSM diperkenalkan, sehingga tahun 2009, gaji penjawat awam, terutama bagi kumpulan sokongan hanya menerima kenaikan sebanyak rm 30 hingga 70 setiap tahun.Ini kenaikan yang sangat rendah dan membuka ruang kepada rasuah akibat tekanan hidup. Oleh itu, saya berpendangan, semakan gaji setiap 5 tahun harus diperkenalkan semula oleh kerajaan PH.

Kerajaan sebagai penanggungjawab sosial.

Sebelum zaman PM keempat berkuasa, kita dapati, ketika itu, tidak ketara orang politik yang kaya secara luar biasa. Ini kerana tidak ramai orang politik yang terlibat dalam perniagaan dan menjadi kaya dengan untung atas angin. Ekonomi juga dibawah kawalan kerajaan. Ianya tidak dilepaskan sebebas-bebasnya kepada pihak swasta untuk berbuat sesuka hati.Kerajaan ketika itu mempunyai tanggungjawab sosial. Misalnya, akan membina rumah kos rendah yang sesuai dengan kadar gaji pekerja.Kerajaan juga menentukan pada setiap projek perumahan, mesti ada bahagian rumah kos rendah.Kerajaan menentukan dasar yang mesti diikuti oleh pihak swasta. Namun sekarang ini, sebaliknya yang berlaku.Kerajaan tunduk kepada swasta. Ini sangat ketara terutama di Pinang Pinang sehingga rakyat negeri tersebut terpaksa lari ke luar untuk membeli rumah di Sungai Petani,Kulim dan sebagainya.

Agensi kerajaan yang berfungsi
Ketika Tun Razak menjadi PM, beliau banyak menggerakkan agensi-agensi kerajaan untuk memajukan sektor ekonomi luar Bandar. Antaranya ialah FELDA dan FELCRA. Rakyat diberi peluang untuk meneroka tanah-tanah baru untuk membuka ladang kelapa sawit dan getah.Tanah-tanah yang terbiar juga diusahakan melalui FELCRA.Hasilnya dieksport dan membawa pulangan kepada negara. Cuma lebih baik,jika kerajaan menggunakan pendekatan tanaman polycultureberbanding monoculture yang terdedah kepada risiko naik-turun harga getah dan sawit dipasaran dunia.Namun perkara ini, akan kita bincangkan di lain rencana. Melalui rancangan pembukaan tanah ini, rakyat diberi peluang untuk memilki tanah dan juga mendapat pekerjaan bagi menjamin sara hidup mereka.

Namun demikian, dasar-dasar yang baik ini berubah sebaik Tun M menjadi perdana menteri keempat.Zaman ni kerajaan mula menghilangkan fungsinya sebagai penanggungjawab sosial dan cenderung menjadi syarikat seperti dasar Malaysia inc. Banyak agensi-agensi kerajaan yang dilepaskan menjadi swasta seperti TNB dan Telekom Malaysia melalui dasar penswastaan yang diperkenalkan pada tahun 80an. Walhal, kerajaan tidak harus menswastakan semua agensi apatah lagi jika agensi itu menjaga kepentingan asasi rakyat. Ketika ini, kerajaan semakin lama semakin tunduk pada kehendak swasta. Pada zaman ni juga banyak skandal-skandal luar biasa yang berlaku seperti skandal BMF, PERWAJA, MAS dll. Ini termasuk juga kes TNB dan IPP yang melibatkan Tan Sri Ani Arope pengerusi eksikutif TNB ketika itu.

Tan Sri Ani Arope dan IPP

Umum mengtahui peristiwa black out 1992.Seluruh negara bergelap ketika itu.TNB dipersalahkan dan selepas itu IPP diwujudkan. Namun demikian, menurut Tan Sri Ani Arope dalam memoirnya, peristiwa black out1992 itu adalah dirancang untuk mewujudkan IPP(penjana tenaga bebas). IPP ini adalah Genting Sanyen, Power , YTL Power Generation,Segari Energy,Powertek Berhad dll. Tan Sri Ani Arope menceritakan bagaimana TNB dipaksa untuk membeli tenaga elektrik dari IPP dengan harga yang mahal. Ini dilakukan melalui EPU yang diarahkan oleh Tun Mahathir.Berikut adalah petikan dari memoir beliau :

Tan Sri Ani Arope: There was NO negotiation. Absolutely none. Instead of talking directly with the IPPs, TNB was sitting down with the EPU. And we were harassed, humiliated and talked down every time we went there. The EPU just gave us the terms and asked us to agree. I said no way I would.

Tan Sri Ani Arope tidak bersetuju kerana TNB menghasilkan elektrik pada kadar 8 sen seunit(kwh) dan membekalkannya pada kadar 17 sen seunit.Namun IPP menghasilkan elektrik pada kadar 23 sen seunit menyebabkan TNB terpaksa mengenakan cas tidak kurang dari 30 sen seunit. Sudah tentu ini akan membebankan pengguna dengan cas elektrik yang mahal. Akibatnya 20 juta pengguna elektrik ketika itu terbeban dengan kenaikan Tarif elektrik dan syarikat IPP kroni Tun M ini menjadi kaya raya dengan keuntungan berbilion ringgit.Tan Sri Ani Arope dan pasukannya sangat kecewa dengan sikap kerajaan seperti ini. Ianya bukan rundingan tapi pemaksaan. Bagi beliau, tindakan kerajaan adalah salah dari segi moral dan berat sebelah. Kerana tetap berpegang pada prinsip dan mengutamakan kepentingan negara dari kepentingan diri, beliau tidak bersetuju dengan rundingan tersebut dan meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif TNB. Beliau turut menggelar EPU sebagai unit merampas ekonomi.  Tidak cukup dengan itu, saham TNB jatuh dari 20 sen seunit kepada 10 sen seunit pada tahun 1994  selepas menandatangani PPA (power purchase agreement)yang berat sebelah tersebut dan terpaksa menaikkan tariff elektrik demi mengekalkan keuntungan syarikat.

Inilah contoh bagaimana kerajaan menyalah guna kuasa demi menguntungkan kroni. Orang politik berpakat dengan orang korporat bagi menjana keuntungan atas angin dengan bebanan diletakkan atas pundak rakyat.

Peristiwa sebegini tidak harus berulang di era Malaysia baru dan Tun M juga tidak boleh lagi membuat perkara yang sama. Apa yang diharap di masa beliau menjadi PM kali kedua,beliau dapat menebus semula kesalahan-kesalahan beliau. Namun, pujian harus diberi kepada Tan Sri Ani Arope kerana tetap berpegang pada prinsip walau jawatan menjadi galang gantinya.

Syarikat seperti YTL yang membekalkan talian internet di sekolah-sekolah melalui projek 1bestariNet harus dikaji semula dan diberi pada syarikat yang benar-benar layak.Apatah lagi ia menerima banyak rungutan dari guru-guru dan murid-murid. Apatah lagi peletakan jawatan Menteri Pendidikan YB Maszlee Malik dikatakan mempunyai perkaitan dengan isu ini.Beliau dikatakan telah menamatkan kontrak YTL. Mungkinkah ini sebabnya beliau ditekan untuk meletakkan jawatan?

Zaman membuat keputusan sesuka hati sudah pun berlalu.I ni era Malaysia baru dan kami rakyat benar-benar mahukan perubahan dalam corak pemerintahan dan mengharapkan sesuatu yang baru.






BIG PHARMA, GOVERNMENTS AND CORPORATIONS : YOU ALWAYS DANCE TO THE TUNE OF YOUR FUNDER

 Oleh Ameen Hussaini Sejak virus covid-19 melanda seluruh dunia, kita dapat melihat syarikat-syarikat big pharma berlumba-lumba menghasilkan...