Sunday, May 10, 2020

TEOLOGI WABAK : PERSPEKTIF ISLAM TENTANG COVID-19

Oleh Ameen Hussaini

Di dalam kelas baru-baru ini, Professor saya ada menyebut wabak covid-19 dan sikap umat Islam dalam menghadapinya. Dalam menghadapi wabak, umat Islam tidak akan berputus asa, bersedih secara berlebihan dan berputus asa dalam hidup. Ini kerana di dalam kekangan-kekangan pergerakkan yang kita hadapi dan kita dipaksa tinggal di dalam rumah ada kebaikan lain yang kita dapati. Misalnya kita dapat bersama keluarga dan dalam masa yang sama dapat bermuhasabah diri. Sudah tentu ini  jarang dapat kita lakukan dalam keadaan biasa. Oleh itu peluang ini harus diambil dengan sebaiknya.

Serangan wabak covid-19 yang telah menyerang seluruh dunia termasuk negara kita telah membangkitkan rasa ingin tahu terhadap virus wabak dan sumpamanya. Saban hari setiap kali menonton tv, kita akan dimaklumkan tentang statistik kematian terbaru, jumlah jangkitan dan makluman tentang jangkitan di negara lain. Namun jarang sekali kita mendengar penerangan tentang sejarah wabak yang pernah berlaku dalam dunia, apa perbezaan antara bakteria dengan virus, adakah ianya berlaku semulajadi atau dicipta di dalam makmal? Apakah wabak pernah menyerang umat Islam sebelum ini dan bagaimana mereka menghadapinya. Menarik sekiranya diberikan satu slot untuk pakar-pakar dan ulama’ kita mengupas persoalan yang berlegar dalam fikiran kita ini.

Dalam perspektif Islam, penyakit itu merupakan bala’, musibah fitnah dan azab.[1]Kuman yang membawa penyakit yakni bakteria, protozoa, virus, fungus dan sebagainya mereka itu semua termasuk makhluk Allah meskipun melalui tangan/hasil perbuatan manusia itu sendiri bima kasabat aydin-nas(dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia) Namun demikian manusia mesti berusaha berubat , menghindar dan mencari dan memilih penyelesaian yang terbaik. Berhubung dengan ayat di atas, terdapat satu laporan yang menarik oleh akhbar The Guardianyang bertajuk Tip of the iceberg : is our destruction of nature responsible for covid-19?.[2]Berikut adalah petikan dari rencana tersebut :
As habitat and biodiversity loss increase globally, the coronavirus outbreak may be just the beginning of mass pandemics

“We invade tropical forests and other wild landscapes, which harbour so many species of animals and plants – and within those creatures, so many unknown viruses,” David Quammen, author of Spillover: Animal Infections and the Next Pandemic, recently wrote in the New York Times. “We cut the trees; we kill the animals or cage them and send them to markets. We disrupt ecosystems, and we shake viruses loose from their natural hosts. When that happens, they need a new host. Often, we are it.” UCL prosfessor of ecology and biodiversity Kate Jones adds:”Destroy landscapes, and the species you ae left with are the ones humans get the diseases from!”.

Semua ini memberikan petunjuk kepada kita bahawa kita tidak boleh lagi kembali kepada normal atau kebiasaan sebelum ini dalam cara kita mengendalikan alam atau cara kita berinteraksi terhadap alam semulajadi yang bukan sahaja di huni oleh manusia tetapi juga oleh makhluk seperti binatang dan tumbuhan. Tempoh berkurung ini membeli peluang kepada kita untuk reboot gaya hidup ,sektor perniagaan yang mencemar alam dan seumpamanya.

Berbalik kepada sejarah wabak, tentu ramai dari kita yang tertanya pernahkah wabak berlaku sebelum ini seperti covid-19? Jawapannya ada. Misalnya di Basrah pada tahun 689 telah berlaku epidemik yang dikenali sebagai the plague of Jarif. Begitu dasyatnya wabak ini sehingga angka korban tercatat sebanyak 70,000, 71,000 dan 73,000 dalam tiga hari berturut-turut.[3]Kebanyakkan lelaki yang terjangkit akan meninggal dunia pada hari keempatnya di waktu pagi. Wabak juga pernah berlaku di Mesir pada tahun 848 H sehingga mengorbankan seribu orang sehari. Antara ulama’ yang turut terkesan dengan wabak ini ialah Imam Ibn Hajar Asqalani. Dalam serangan wabak tersebut beliau kehilangan tiga orang anak perempuan. Sudah tentu beliau bersedih, namun dalam kesedihan itu, beliau mengalihkan kesedihannya dengan mengarang buku tentang wabak yang bertajuk Badzl al-Maun fi Fadhl at-Tha’un((Pertolongan maksimal dalam mengatasi Tha’un). Begitulah sikap atau perspektif ulama’ kita dalam menghadapi musibah-beliau mengatasi kesedihannya dengan mengarang kitab yang akan bermanfaat untuk umatnya.

Selain dari Ibn Hajar, di antara ulama’ Islam yang memberi sumbangan besar dalam bidang perubatan ialah Ibn Nafis. Antara sumbangannya, beliau telah menulis komentar terhadap buku Hipppcrates Sharh kitab al-Epidemia. Dari  komentar beliau, kita dapat maklum bahawa beliau menguasai bidang perubatan umumnya dan juga bidang epidemiology khususnya. Dalam kupasan beliau terhadap karya Hippocrates, beliau membahas tentang perubahan cuaca,hujan dan angin dalam disease incidence. Beliau mengatakan kebarangkalian angin yang berupaya membawa wabak yang menunjuk pada airborne respiratory illness.[4]

Sejak wabak covid-19 ini meledak, kita sering mendengar saranan dari WHO dan kerajaan agar sentiasa mencegah wabak dari merebak dan menjangkiti kita dengan seringkali membasuh tangan, menggunakan sabun dan juga hand sanitizer. Semua ini bukan perkara baru dan telahpun di amalkan zaman berzaman. Namun sedarkah kita bahawa sabun telah dicipta oleh Umat Islam pada zaman kegemilangannya. Dengan dorongan dari Hadith “kebersihan adalah sebahagian dari iman”(sahih muslim), umat Islam dahulukala telah melakukan inovasi dengan mencipta sabun. Formula membuatnya telah ditemui oleh Muhammad ibn Zakariya al-Razi seorang ahli perubatan yang terkenal. Sementara orang Eropah pula ketika itu menggunakan sabun yang dibuat dari lemak binatang yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.  

Begitu juga dengan penggunaan hand sanitizeruntuk membunuh bakteria turut dicipta oleh saintis Islam dengan menggunakan kaedah distilled alcoholyang memiliki ciri-ciri mematikan bakteria. Ini menunjukkan umat Islam telah lama mengambil faedah dari alcohol bagi tujuan perubatan seperti Jabir ibn Hayyan.[5]

Semasa pandemik covid-19, antara istilah yang sering kita dengar ialah quarantine. Boleh dikatakan semua negara yang terkesan melakukan lockdown untuk mengekang penularan covid-19. Namun tahukah kita dari mana istilah ini berasal? Ianya mulanya diperkenalkan oleh saintis Muslim bernama Ibn Sina. Dalam ujikajinya, beliau telah mengesan penyebaran wabak melalui mikroorganisme. Jadi untuk menghalang jangkitan antara manusia, beliau telah  mencuba satu kaedah pengasingan diri selama 40 hari dan kaedah ini disebut al-Arbaiya(dalam Bahasa arab ia bermaksud 40). Lama kelamaan, kaedah ini menjadi terkenal. Pedagang dari Venice, Italy yang berhubungan dagang dengan umat Islam mendengar tentang kaedah ini dan membawa ilmu baru ini ke negeri mereka dengan menyebutnya quarantena(the forty dalam sebutan venetian) dan selepas itu disebut quarantine seperti yang kita sebut pada hari ini.  Semasa pemerintahan khalifah Umayyah, sebuah hospital di Damsyik telah di bina bagi mengasingkan pesakit. Ini merupakan hospital pertama yang di bina untuk mengasingkan pesakit dengan kaedah quarantine.[6]Jadi teknik yang dunia pakai untuk membentung wabak ini barasal dari sumbangan umat Islam.

Seterusnya, setelah kita mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah wabak, ada baiknya kita meninjau sudut pandang fiqh tentang larangan-larangan tertentu yang harus kita patuhi sepanjang menghadapi covid-19.

Dari sudut pandang fiqh, majoriti ulama’ berpandangan dilarang keluar dari ataupun masuk ke negeri  yang sedang dilanda wabak penyakit. Hal ini atas empat pertimbangan:
1.        wabah penyakit umumnya bila merebak di suatu negeri maka tidak ada gunanya lari jika penyebabnya juga mencakup dirinya. Demikian itu karena bencana yang sudah jelas tidak mungkin dihindari maka harus dihadapi.
2.        Khawatir jika dibolehkan keluar, maka orang-orang yang tidak berdaya karenasakit dll akan terlantar tdk ada yang mengurusi.
3.        Kalau dibolehkan keluar, niscaya orang-orang yang sakit, orang tua, dsb itu akan hilang semangat dan diliputi rasa takut dan hina.
4.        Dilarang keluar agar orang yakin dan tawakal kepada Allah serta sabar bertahan dan ridho atas musibah.[7]
Bertitik tolak dari pandangan ulama’ di atas, kita beroleh panduan bagi menghadapi wabak atau sekurang-kurangnya mencegah diri kita dari terjangkit wabak tersebut. Jika kita masih sihat ada empat perkara yang boleh kita lakukan :
1.        Tetap tinggal di rumah 
2.        Sentiasa jaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan
3.        Elakkan kontak sosial dan jaga jarak bila berurusan antara satu sama lain
4.        Jangan menerima orang luar atau tetamu di rumah.


"Barang siapa menyelamatkan satu nyawa, maka seolah ia menyelamatkan umat manusia seluruhnya” (Al Ma’idah 5:32)











[1]Dr Syamsuddin Arif, Teologi wabak : Perspektif Islam tentang pandemi.
[2]https://www.theguardian.com/environment/2020/mar/18/tip-of-the-iceberg-is-our-destruction-of-nature-responsible-for-covid-19-aoe
[3]Michael W. Dols, Plague in early Islamic history,379
[4]Ghazi Kayali, The forgotten history of pre-modern epidemiology:contribution of Ibn An- Nafis in the Islamic golden era.
[5]Jalees Ahmad, How the Muslim world used soap, distilled alcohol and quarantine.
[6]https://www.alhakam.org/how-the-muslim-world-used-soap-distilled-alcohol-and-quarantine/
[7]Dr Syamsuddin Arif, Teologi wabak : Perspektif Islam tentang pandemi.

BIG PHARMA, GOVERNMENTS AND CORPORATIONS : YOU ALWAYS DANCE TO THE TUNE OF YOUR FUNDER

 Oleh Ameen Hussaini Sejak virus covid-19 melanda seluruh dunia, kita dapat melihat syarikat-syarikat big pharma berlumba-lumba menghasilkan...