Wednesday, March 17, 2021

JAMES JOSEPH, ABDUL KALAM DAN BUAH NANGKA

 

Buah nangka adalah buah-buahan tropika yang banyak terdapat di Malaysia. Buahnya manis dan enak dimakan. Di Malaysia, buah nangka turut dibuat menu dalam masakan seperti gulai nangka. Berbeza dengan nangka yang masak dan boleh terus dimakan, nangka muda digunakan dalam membuat gulai . Namun siapa sangka, di Kerala, seorang eksekutif Microsoft telah menemui khasiat baru buah nangka-sebagai perawat kencing manis.

 

James Joseph adalah seorang eksekutif di syarikat gergasi perisian Microsoft. Beliau telah 20 tahun lamanya bekerja di syarikat itu. Eksekutif berpangkat penagrah ini bertanggungjawab menjaga hubungan antara Microsoft dengan 200 syarikat-syarikat besar di India. Setelah lama bekerja dengan Microsoft, timbul hasrat untuk pulang ke kampung halamannya di Kerala, India. Namun bukan setakat pulang bercuti biasa, akan tetapi, beliau memohon untuk bekerja untuk Microsoft dari rumah di kampungnya. Kira-kira work from homelah kalau ikut istilah sekarang ini. Ini satu permintaan yang sukar dipenuhi oleh Microsoft pada masa itu. Namun akhirnya beliau berjaya meyakinkan bosnya dan permohonannya diluluskan.



 

Semasa di Kerala, beliau meneruskan kerjayanya seperti biasa. Kebetulan, di halaman rumah beliau terdapat pokok nangka yang sedang berbuah. Semasa beliau bekerja, beliau memerhati buah itu semakin membesar. Buah yang telah masak itu dipetik dan diberi pada anaknya. Anaknya dengan gembira bersuara “wah enaknya buah ini”! Alangkah baik kalau saya dapat memakan buah ini sepanjang tahun. 

 

Pada suatu hari, ketika sedang makan di sebuah restoran ternama, mereka dihidangkan dengan menu mash potato. Justeru, beliau pun berfikir, kenapa menu yang sama tidak boleh dibuat dengan nangka? Ini kerana isi nangka seakan daging dan boleh dibuat pelbagai menu. Seperti di Malaysia, isinya yang muda boleh dimasak dan dibuat gulai nangka. Dia pun berfikir, kenapa buah nangka tidak boleh dibuat side dish menu seperti apple pie. Ini kerana buah nangka lebih bernutrisi daripada sayuran lain seperti cendawan dan juga lebih bernutrisi dari daging. Lantaran itu, James pun melanjutkan kajian beliau untuk meneroka manfaat lain buah tersebut.

 

Hasil tinjauan beliau, buah nangka juga mempunyai nilai perubatan dan berupaya merawat pesakit kencing manis dengan menurunkan paras gula dalam darah. Oleh itu, ini akan mengurangkan pengambilan insulin dari semasa ke ke semasa.  Tambahan pula, glycemic load dalam nangka muda hanya separuh dari nasi dan gandum dan ia boleh menjadi pengganti karbohidrat dan sesuai dimakan oleh pesakit kencing manis. Dalam pada itu, tinjauan yang beliau lakukan di Kerala pula menunjukkan bahawa 75% dari buah nangka itu terbuang begitu sahaja. Dengan penemuan ini, beliau dapat menyelesaikan masalah pembaziran ini dan dalam masa yang sama dapat membantu para petani untuk meraih lebihan pendapatan.

 

Semasa James bekerja dari rumah di Kerala, beliau sempat menulis buku bertajuk God’s own office. Buku ini mengisahkan perjalanan beliau yang bekerja dalam dunia korporat tetapi masih terhubung dengan kampung halaman di India. Ia menceritakan bagaimana beliau kembali ke Kerala dan usaha-usaha beliau untuk membangun sosio-ekonomi masyarakat di kampungya.



 

Suatu ketika, presiden India ketika itu, Dr. Abdul Kalam telah membaca buku beliau. Kagum dengan penulisan buku tersebut, Presiden Abdul Kalam pun menjemput Joseph ke pejabat beliau. Setelah bertemu, Joseph menerangkan kepada Abdul Kalam penemuannya akan manfaat buah nangka. Dr Abdul Kalam memberi idea kepada beliau untuk memasukkan nangka muda dalam menu seharian orang India seperti , chapati, roti paratha, tosei dan lain-lain. Dengan cara ini, pesakit diabetis tidak perlu untuk menukar menu mereka dan dalam masa yang sama dapat merawat pesakit tersebut. Dr Abdul Kalam berkata, jika beliau berjaya mencipta tepung tersebut, beliau akan membantu untuk memasarkannya. Dari pertemuan ini, tercetuslah idea untuk membuat tepung nangka. Setelah melakukan percubaan demi percubaan akhirnya beliau menemui formula yang tepat untuk mencampurkan tepung nangka dalam pembuatan masakan orang India yang menggunakan tepung gamdum seperti roti paratha dan lain-lain.  Malangnya setelah berliau berjaya mencipta tepung nangka, presiden Abdul Kalam telahpun meninggal dunia. Tetapi James tetap memberi kredit kerpada Dr Abdul Kalam kerana telah mengilhami beliau akan idea ini.



 

Setelah tepung nangka ini dimasukkan dalam menu-menu seperti roti paratha, capati dan lain-lain, beliau dapati paras gula dalam pesakit diabetis ini semakin menurun dan pengambilan insulin turut berkurangan. Untuk tempoh 3 bulan jika dimakan berterusan selama 3 kali sehari, pesakit yang ditemui tidak perlu lagi mengambil ubat selepas tempoh tersebut. Ini satu terobosan yang berjaya dilakukan oleh James Joseph dalam bidang pemprosesan makanan. Tambahan pula beliau menggunakan buah-buahan tempatan yang terdapat begitu banyak di kampungnya.

 

Berkait dengan hal ini, buah nangka juga terdapat di negara kita.  Kita harus membuat kajian ke atas buah-buahan tempatan kita agar dapat dikormersialkan dan memberi pendapatan tambahan kepada para petani dan menukar kerjaya mereka bukan hanya bertani akan tetapi mampu juga untuk menjadi pengusaha yang boleh mengeluarkan barangan. Kajian-kajian ini seharusnya dilakukan di universiti-universiti agar dapat dimanfaatkan potensi buah-buahan tropika dan dapat mencipta kekayaan buat para petani kita. Kita mempunyai universiti pertanian Malaysia sebelum ini yang menumpu pada kajian-kajian pertanian tapi malangnya ada tangan-tangan jahat yang telah menukar arah tumpuan universitiu tersebut dengan menukar namanya kepada universiti putra Malaysia-suatu nama yang tidak ada makna. Perbuatan yang silap harus diperbaiki. Saya berpandangan nama tersebut harus ditukar semula kepada nama asalnya. Jika tidak, negara kita akan terus-menerus ketinggalan dalam bidang pertanian. Apatah lagi di tengah-tengah pandemik covid-19 ini di mana bekalan makanan dari negara-negara lain terganggu kerana mereka mengutamakan bekalan untuk dalam negeri mereka sendiri. Kata pepatah melayu, kalau sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan. Jadi persoalannnya, adakah kerajaan kini mau kembali ke pangkal jalan?

 

BIG PHARMA, GOVERNMENTS AND CORPORATIONS : YOU ALWAYS DANCE TO THE TUNE OF YOUR FUNDER

 Oleh Ameen Hussaini Sejak virus covid-19 melanda seluruh dunia, kita dapat melihat syarikat-syarikat big pharma berlumba-lumba menghasilkan...