Oleh Ameen Hussaini
Sejak virus
covid-19 melanda seluruh dunia, kita dapat melihat syarikat-syarikat big pharma
berlumba-lumba menghasilkan vaksin untuk mengatasi virus tersebut. Salah satu
syarikat yang terlibat ini ialah Moderna. Baru-baru ini Vatican City telah
menganjurkan satu persidangan kesihatan. Dalam persidangan kesihatan
antarabangsa yang berlangsung pada 6 May itu, Vatican City telah
menganugerahkan Pontifical Award pada CEO Moderna Stephane Bancel. Namun yang
menjadi persoalan ialah, persidangan itu, dalam masa yang sama telah ditaja oleh Moderna!. Sudah tentu ianya
jelas dari sudut penganugerahan dan
penajaan terdapat conflick of interest.[1]
Jadi tidaklah menghairankan apabila anugerah itu diberikan kepada beliau. Sudah
tentu tindakan ini mecalarkan kredibiliti Vatican kerana vaksin yang dihasilkan
oleh moderna ini dikaitkan dengan risiko keguguran. Lantaran itu, pihak media LifeSiteNews telah
berhubung dengan pejabat persidangan tersebut untuk bertanyakan tentang konflik
kepentingan namun tidak mendapat sebarang jawapan. Tambahan pula, vaksin
moderna yang menggunakan suntikan mRNA, telah dilaporkan dengan pelbagai kesan
sampingan seperti , reproductive disfunction, allergic reaction , blindness,
eye disorders dan mild to severe injuries. Oleh itu, ia menimbulkan persoalan,
adakah pihak Vatican telah dibeli oleh Big Pharma? Jika kita menjejaki aliran
wang atau money trail sudah tentu kita akan mendapat jawapannya.
Selain dari
Moderna, ada laporan menyebut, bukan Moderna sahaja yang membiayai persidangan
tersebut, bahkan terdapat syarikat Big Pharma lain seperti Celularity, Sorrento
Therapeutics, Moderna, CRISPR Therapeutics, Amicus Therapeutics dan United
Therapeutics. [2]
Dari dana ini sudah tentu Vatican akan berlembut dengan syarikat Big Pharma,
akan menuruti dan akan mengesahkan kebaikan barangan mereka.
Tidak berhenti
di situ, persidangan kesihatan tersebut turut memberi platform kepada Chelsea Clinton
untuk mengadu perihal media sosial agar syarikat-syarikat pemilik media sosial
ini menapis kandungan-kandungan yang kritikal terhadap vaksin.[3]
Kita harus ingat ada beza antara golongan anti vaksin dan juga golongan yang
kritikal terhadap vaksin. Kritikan yang berasaskan “sains dan data” tidak harus
ditolak begitu sahaja dan terus meletakkan label nah ! Ini golongan anti
vaksin! . Turut dikesalkan juga, kerajaan Malaysia baru-baru telah memberi
ancaman kepada golongan yang dilabel sebagai akti vaksin bahawa mereka akan dihukum atau mungkin
dipenjarakan sekiranya didapati kononnya menghasut rakyat agar tidak mengambil vaksin.
Sikap tidak beretika dan anti sains seperti ini bukan sahaja berlaku di Malaysia
bahkan juga di negara yang maju seperti seperti Kanada.
Dalam satu
pengisytiharan para doktor Kanada baru-baru ini, mereka telah mengecam ancaman
sebuah badan bernama CPSO(College of Physicians and Surgeons of Ontario) yang
melarang para doktor untuk mempersoal atau berbahas berkenaan dengan langkah-langkah
kerajaan dalam mengendalikan covid-19.[4]
Menurut mereka, para doktor yang berbuat demikian telah diancam dengan hukuman
dan juga tindakan disiplin. Ini sesungguhnya tidak beretika kerana menurut
mereka tugas utama apabila mereka menjadi doktor adalah menjaga kesihatan para
pesakit dan bukan terhadap pihak autoriti. Menurut mereka, tindakan CPSO ini
bertentangan dengan kaedah-kaedah saintifik yang digunapakai sepanjang sejarah sains
apabila perbahasan mengenai kaedah santifik, prosesnya dan juga kesimpulannya tidak
dibenarkan untuk dibahas dan dikritik.[5]
Tindakan ini sesungguhnya telah menghalang kemajuan sains. Sepanjang sejarah
manusia, pandangan yang bertentangan, keberanian untuk mempersoal naratif rasmi
kerajaan, perbahasan tentang sesuatu idea adalah asas kepada kemajuan.[6]
Sesungguhnya pengisytiharan para doktor Kanada yang berani ini telah membuat
kita berfikir akan naratif rasmi dalam pengendalian covid-19. Begitu juga dengan agenda kuasa-kuasa besar,
Big Pharma dan juga para philanthropists dalam agenda yang dikenali sebagai the
great reset.
Agenda ini telah
disebut oleh paderi Carlo Maria Vigano bahawa keputusan philanthropists ini
telah menyebabkan penderitaan terhadap jutaan manusia apabila mereka telah
memaksa vaksin yang dihasilkan oleh syarikat big pharma di mana mereka adalah
pemegang saham terbesarnya dengan kelulusan badan pengawal di mana mereka juga
adalah pendana utamanya.[7] Apa yang disebut oleh Paderi Carlo Maria
Vigano wabak covid-19 ini seumpama flu lain namun ia diperbesar-besarkan.
Menurut beliau, jumlah kematian yang disebabkan oleh covid-19 adalah hampir
sama dengan jumlah kematian disebabkan oleh wabak flu yang lain.[8]
Menurut beliau,tindakan mereka memperbesarkan covid-19 dan menyebabkan panik adalah
untuk menjayakan agenda the great reset dan memaksa penduduk dunia untuk
menyuntik vaksin ke dalam tubuh mereka.
Dari hujah-hujah
yang diberikan ini, kita seharusnya berfikir dengan mendengar semua pandangan dan mengambil yang paling baik agar kita tidak
terperangkap dengan agenda pihak-pihak tertentu yang mempunyai niat jahat untuk
membuat keuntungan besar atas kesengsaraan jutaan manusia.
[1] https://www.lifesitenews.com/news/vatican-health-conference-takes-money-from-moderna-then-awards-and-showcases-its-ceo
[2] Ibid
[3] Ibid
[4] https://canadianphysicians.org/
[5] Ibid
[6] Ibid
[7] https://remnantnewspaper.com/web/index.php/fetzen-fliegen/item/5389-truth-over-fear-covid-19-the-vaccine-and-the-great-reset
[8] Ibid