Thursday, April 25, 2019

AKTA KUALITI BENIH : MEMBANTU ATAU MENJERAT PETANI?(Bahagian 1)



Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri sebuah bengkel UPOV 1991 yang dianjurkan oleh Third Word Network(TWN).Bengkel ini bertujuan untuk berbincang dengan peserta tentang rundingan Malaysia untuk menyertai RCEP[1]dan di dalam perjanjian ini terdapat klausa mengenai UPOV 1991[2]-sebuah badan antarabangsa yang melindungi variati tumbuh-tumbuhan bagi pembiak baka.Turut juga dibincangkan tentang hasrat MOA hendak memperkenalkan akta kualiti benih yang kononnya bertujuan untuk mengawal mutu benih yang dibekalkan kepada petani.Peserta yang hadir terdiri dari petani, aktivis,NGO seperti SRI-MAS dan pembentang dari Third World Network.

Benih haram

Baru-baru ini menteri MOA membuat kenyataan bahawa kerajaan hendak membentangkan akta kualiti benih[3]bagi menghalang pengedaran “benih haram”.Apakah  sebenarnya benih haram ini[4]?Kenapa ia dikatakan haram?.Sebenarnya perkataan lain bagi benih haram ini ialah benih tidak rasmi yang digunakan oleh petani-petani kecil. Disebabkan MOA tidak dapat mengawal penggunaan benih ini ianya dilabel sebagai benih haram. Namun terdapat juga benih yang diiktiraf oleh MOA turut tidak mencapai standard yang ditetapkan.[5]

Berkenaan dengan akta ini,kami agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa akta tersebut sudah hampir siap untuk dibentang di parlimen. Persoalannya dengan siapa mereka berbincang?Adakah perbincangan menyeluruh dengan semua pertubuhan yang mewakili petani telah dibuat ? Nampaknya MOA hanya berbincang dengan pihak-pihak tertentu dan mengetepikan petani-petani kecil.Jika akta ini baik untuk semua pihak, mengapa ianya dirahsiakan.Sepatunya NGO-NGO yang memperjuangkan hak petani-petani kecil harus diberikan akses bagi membahaskan isi kandungannya kerana ia berkaitan dengan masa depan dan sumber penghidupan mereka.Persoalan yang timbul,adalah penggubalan akta kualiti benih ini akan memberi manfaat kepada petani atau syarikat pengeluar benih yang ingin mendapat monopoli hak pengedaran benih tanaman.Kami difahamkan, bahawa cakupan akta ini bukan hanya terhadap benih padi tetapi terhadap semua jenis varieti tumbuhan.

Petani mempunyai hak untuk menyimpan, bertukar, ataupun menjual benih-benih tanaman yang dimilki oleh mereka.[6]Ini termasuk ilmu tradisi dalam penyimpanan benih yang diwarisi turun-temurun.Namun hak ini cuba dinafikan oleh golongan tertentu yang melobi kuat MOA yang bagi mendapat hak ekslusif dalam pengedaran benih ini.Siapa golongan ini dan apakah badan antarabangsa mereka?Nantikan sambungannya.


[1]Nama penuhnya ialah Regional comprehensive economic partnership.
[2]Convention of the international union for the protection of new plant varieties(singkatannya UPOV dalam akronim Bahasa Perancis)
[3]https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/08/akta-benih-tanaman-hampir-siap/
[4]http://www.utusan.com.my/berita/nasional/benih-padi-haram-ancam-negara-1.876060
[5]http://www.1media.my/2019/04/benih-padi-haram-kerajaan-perlu-ambil.html
[6]Hak ini terjamin dalam International treaty on plant genetic resources for food and agriculture.

Saturday, April 6, 2019

PERLUKAH KITA KEPADA THIRD NATIONAL CAR?


Oleh Ameen Hussaini

Baru-baru ini saya sempat menghadiri konvensyen kebangkitan harimau asia yang diadakan di UiTM Shah Alam. Program yang menampilkan intelektual seperti Chandra Muzaffar,Ahmad Murad Merican dan juga tokoh politik tanah air seperti Anwar Ibrahim,Dr Dzulkifli, Syed Saddiq dan tentu Dr. Mahathir telah mendapat sambutan yang gilang gemilang.Konvensyen ini berlangsung dari pagi hingga malam dengan diisi oleh banyak sesi perbincangan dengan tajuk yang pelbagai dari perbincangan dari tentang budaya hinggalah hinggalah perbincangan tentang teknologi.Cuma apa yang saya perhatikan, terdapat sedikit kelompongan apabila tidak ada sesi tentang pertanian.Ini penting kerana pertanian adalah asas sebelum kita menuju kepada industri dan kita perlu memastikan bekalan makanan di dalam negara kita mencukupi. Apa yang saya maksudkan ialah makanan yang dikeluarkan oleh rakyat kita sendiri.Sebelum harimau itu hendak mengaum, ia perlu pada makanan yang mencukupi untuk bangkit sebagai harimau Asia.

Namun demikian, terdapat satu sesi menarik yang sempat saya ikuti.Sesi ini bertemakan kepentingan industri berteknologi tinggi milikan tempatan dalam pembangunan negara.Dalam rancak sesi berlangsung, Dr Faiza selaku moderator sempat mencuit ahli panel tentang industri pembuatan tayar yang pernah kita miliki dahulu namun sekarang sudah tidak ada lagi. Beliau mengatakan nama-nama tayar seperti Dunlop,Sun Tyre dan juga Silverstone adalah jenama tayar tempatan yang telah terjual kepada syarikat asing.Akibatnya kita kehilangan aset milikan tempatan dan terpaksa import 100% tayar dari luar.Tambahan pula harga getah kini jatuh merudum. Anwar Ibrahim pula dari sesi penggulungan konvensyen, menceritakan lawatannya ke kebun getah di Kedah. Di sana penoreh getah telah mengadu kepadanya bahawa harga getah sekarang sangat rendah dan meminta beliau melakukan sesuatu. Ini bermakna, mereka mau kerajaan menaikkan harga getah.Memang kerajaan boleh menaikkan harga getah agar kerugian penoreh dapat diringankan.Namun sampai bila?

PERLUNYA KEPADA INDUSTRI

Keadaan ini menjadi sukar kerana rantaian(pembuatan tayar) itu telah terputus dan ianya tidak disokong oleh industri.Kita hanya menjual bahan mentah dan tidak memproseskan menjadi barang siap.Sudah tentu harga bahan mentah tersebut akan kekal rendah.Sedangkan kita memilki bahan mentahnya.Tambahan pula, terdapat hanya beberapa negara di dunia yang menanam pokok getah seperti Thailand, Brazil, Malaysia, Vietnam dan beberapa negara lagi. Namun negara yang tidak menanam pokok getah ini membeli getah mentah dari negara-negara tersebut dan seterusnya membuat tayar untuk dijual di pasaran dunia. Negara-negara ini seperti Jerman, Jepun dan Amerika.Sepatutnya aset tempatan tersebut mesti dilindungi dari terlepas ke tangan syarikat luar. Ini bermakna kita sudah memilki teknologi yang harus diperbaiki supaya ianya dapat berkembang dan menjadi syarikat kebanggaan negara.Asas negara kita rapuh dan boleh jatuh dengan mudah.

MELIHAT SEMULA PROTON

Nampaknya kerajaan sudah memutuskan untuk memulakan projek kereta nasional ketiga.Namun ada baiknya jika kita mengimbas kembali syarikat kereta proton yang sudah lebih 3 dekad beroperasi.
Dalam buku Dasar-dasar ekonomi Maharhir, Prof. Jomo telah mengkritik idea ini yang akan membawa masalah kepada ekonomi Malaysia. Saya sudah menerangkannya dalam artikel sebelum ini. Dalam buku tersebut beberapa pakar ekonomi mengatakan projek ini akan bermasalah kerana saiz pasaran kita yang kecil dan mustahil untuk kita mengeksportnya ke luar[1].Keluaran minimum yang eknomik menurut mereka ialah 200,000 kereta setahun.Namun penjualan kereta pada tahun 1981 hanya sebanyak 108,000 unit.[2]Tambahan pula, mereka mengatakan kereta Malaysia masih merupakan kereta asing dengan bentuk badan istimewa yang dipasangkan dalam negeri.

Seterusnya pengguna pula akan terbeban dengan projek ini.Ianya akan mendatangkan kesan-kesan buruk seperti :

           I.                 Kenaikan harga semua kereta
        II.                 Kemerosotan mutu kereta dan alat-alatnya
     III.                 Pengurangan dari segi jenis kereta dan juga perubahan jenis kereta[3]

Akihirnya yang untung dalam projek ini ialah Mitsubishi. Ianya sebuah syarikat kereta ranking paling bawah di Jepun namun dengan penubuhan proton Mitsubishi mendapat nyawa untuk bernafas semula dengan menguasai sebahagian besar dari pasaran kereta Malaysia. Walaupun pengguna rugi, pembeli kereta akan menderita,pemilik dan pekerja pemasangan kereta turut akan rugi dan termasuk kerajaan juga akan rugi namun Mitsubishi tetap akan untung walaupun projek kereta Malaysia tidak semestinya untung.

Walaupun kerajaan mengatakan kesanggupan pihak Mitsubishi melabur dalam projek ini aadalah bukti bahawa projek ini viable, tetapi seperti yang dijelaskan tadi, kesanggupan demikian hanya membuktikan bahawa projek berkenaan akan menguntungkan Mitsubishi dan tidak lebih dari itu.

PILIHAN MASA DEPAN

Dalam tempoh 30 tahun lebih proton beroperasi, agak menyedihkan terlalu sedikit yang kita pelajari.[4]Begitulah yang disebut oleh seorang penulis dalam akhbar the star baru-baru ini.IPandangannya ni berikutan Tun Mahathir menaiki sebuah kereta elektrik dalam sebuah acara di Sepang dan bertegas hendak meneruskan dengan projek kereta nasional ketiga.Realitinya, projek ini merugikan Malaysia dan menguntungkan Mitsubishi dan kita tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama.Menurut petikan dari buku Prof. Jomo tersebut,memulakan projek kereta pada tahun 80 an adalah terlalu lewat ![5].Sepatutnya jika kita hendak memasuki industri ini, ia patut dibuat pada tahun 60 an itu pun mempunyai peluang tipis untuk merebut pasaran. Ini kerana pasaran dalam industri ini telah pun dikuasai oleh syarikat-syarikat besar seperti Amerika dan Jepun. Pakar-pakar ekonomi ini menyebut,memulakan projek kereta Malaysia pada tahun 80 an umpama melepaskan sampan ke tengah-tengah laut lepas yang bergelora yang dipenuhi dengan kapal-kapal besar dan sudah pasti sampan ini akan tenggelam ![6]Justeru, apa pilihan yang kita ada?

Nampaknya pilihan terbaik jika kita hendak meneruskan juga projek ini ialah dengan mengalih kilang pembuatan kereta kepada pengeluaran alat kereta atau komponen kereta yang dapat dijual di apasaran antarabangsa secara bersansur-ansur.[7]Apatah lagi dalam sebuah kereta terdapat 223 komponen yang memerlukan getah.Langkah ini telah pun dilaksanakan oleh Taiwan,Korea Selatan dan Singapura. Dalam keadaan semasa, nampaknya pilihan inilah yang munasabah yang harus kita fikirkan dan merangkakan  strateginya. Dan kita boleh mengalahkan negara-negara tersebut kerana kita memiliki bahan mentah yang tidak dimilki oleh mereka iaitu getah !




[1]Editor : Jomo, Dasar-dasar ekonomi Mahathir,Insan,1985,118.
[2]Ibid 1
[3]Ibid 1
[4]Patrick The,News straits times,Focus on building trade hubs, not another national car.
[5]Editor : Jomo, Dasar-dasar ekonomi Mahathir,Insan,1985,Beban ekonomi projek kereta Malaysia,Chee Peng Lim,122.
[6]Ibid 5.
[7]Ibid 5.

BIG PHARMA, GOVERNMENTS AND CORPORATIONS : YOU ALWAYS DANCE TO THE TUNE OF YOUR FUNDER

 Oleh Ameen Hussaini Sejak virus covid-19 melanda seluruh dunia, kita dapat melihat syarikat-syarikat big pharma berlumba-lumba menghasilkan...