Thursday, April 25, 2019

AKTA KUALITI BENIH : MEMBANTU ATAU MENJERAT PETANI?(Bahagian 1)



Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri sebuah bengkel UPOV 1991 yang dianjurkan oleh Third Word Network(TWN).Bengkel ini bertujuan untuk berbincang dengan peserta tentang rundingan Malaysia untuk menyertai RCEP[1]dan di dalam perjanjian ini terdapat klausa mengenai UPOV 1991[2]-sebuah badan antarabangsa yang melindungi variati tumbuh-tumbuhan bagi pembiak baka.Turut juga dibincangkan tentang hasrat MOA hendak memperkenalkan akta kualiti benih yang kononnya bertujuan untuk mengawal mutu benih yang dibekalkan kepada petani.Peserta yang hadir terdiri dari petani, aktivis,NGO seperti SRI-MAS dan pembentang dari Third World Network.

Benih haram

Baru-baru ini menteri MOA membuat kenyataan bahawa kerajaan hendak membentangkan akta kualiti benih[3]bagi menghalang pengedaran “benih haram”.Apakah  sebenarnya benih haram ini[4]?Kenapa ia dikatakan haram?.Sebenarnya perkataan lain bagi benih haram ini ialah benih tidak rasmi yang digunakan oleh petani-petani kecil. Disebabkan MOA tidak dapat mengawal penggunaan benih ini ianya dilabel sebagai benih haram. Namun terdapat juga benih yang diiktiraf oleh MOA turut tidak mencapai standard yang ditetapkan.[5]

Berkenaan dengan akta ini,kami agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa akta tersebut sudah hampir siap untuk dibentang di parlimen. Persoalannya dengan siapa mereka berbincang?Adakah perbincangan menyeluruh dengan semua pertubuhan yang mewakili petani telah dibuat ? Nampaknya MOA hanya berbincang dengan pihak-pihak tertentu dan mengetepikan petani-petani kecil.Jika akta ini baik untuk semua pihak, mengapa ianya dirahsiakan.Sepatunya NGO-NGO yang memperjuangkan hak petani-petani kecil harus diberikan akses bagi membahaskan isi kandungannya kerana ia berkaitan dengan masa depan dan sumber penghidupan mereka.Persoalan yang timbul,adalah penggubalan akta kualiti benih ini akan memberi manfaat kepada petani atau syarikat pengeluar benih yang ingin mendapat monopoli hak pengedaran benih tanaman.Kami difahamkan, bahawa cakupan akta ini bukan hanya terhadap benih padi tetapi terhadap semua jenis varieti tumbuhan.

Petani mempunyai hak untuk menyimpan, bertukar, ataupun menjual benih-benih tanaman yang dimilki oleh mereka.[6]Ini termasuk ilmu tradisi dalam penyimpanan benih yang diwarisi turun-temurun.Namun hak ini cuba dinafikan oleh golongan tertentu yang melobi kuat MOA yang bagi mendapat hak ekslusif dalam pengedaran benih ini.Siapa golongan ini dan apakah badan antarabangsa mereka?Nantikan sambungannya.


[1]Nama penuhnya ialah Regional comprehensive economic partnership.
[2]Convention of the international union for the protection of new plant varieties(singkatannya UPOV dalam akronim Bahasa Perancis)
[3]https://malaysiagazette.com/blog/2019/04/08/akta-benih-tanaman-hampir-siap/
[4]http://www.utusan.com.my/berita/nasional/benih-padi-haram-ancam-negara-1.876060
[5]http://www.1media.my/2019/04/benih-padi-haram-kerajaan-perlu-ambil.html
[6]Hak ini terjamin dalam International treaty on plant genetic resources for food and agriculture.

No comments:

Post a Comment

BIG PHARMA, GOVERNMENTS AND CORPORATIONS : YOU ALWAYS DANCE TO THE TUNE OF YOUR FUNDER

 Oleh Ameen Hussaini Sejak virus covid-19 melanda seluruh dunia, kita dapat melihat syarikat-syarikat big pharma berlumba-lumba menghasilkan...