Baru-baru ini telah diterbitkan makalah dalam the Malaysian reserve yang bertajuk “grow your own food”.Intipati makalah ini mencadangkan agar rakyat Malaysia mengusahakan tanaman di tanah-tanah yang terbiar,belakang rumah atau mana-mana ruang yang boleh digunakan.Cadangan ini dilontarkan bagi menghadapi kos harga barang makanan yang kian meningkat dan menjerut leher kita.Hatta menteri kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini turut mengeluarkan kenyataan bahawa “harga barang masih degil tak nak turun” walaupun gst telah dimansuhkan. Sudah tentu peningkatan demi peningkatan ini menimbulkan kerisauan apatah lagi rakyat Malaysia dalam kelompok B40 membelanjakan 48% untuk makanan dari hasil pendapatan. Persoalanya, kenapa harga barang masih tak turun?
YAB Tun Mahathir baru-baru ini telah memberikan pandangan beliau tentang perkara tersebut.Dalam majlis perjumpaan dengan pegawaai-pegawai kerajaan pada 22 Ogos yang lalu,Tun M memberi respon terhadap cadangan supaya gaji dinaikkan bagi mengatasi inflasi.Namun begitu, menurut beliau ini telah akan menyelesaikan masalah yang kita hadapi dan harga barangan makanan akan terus juga meningkat.Jadi apa sebabnya? Jawapan yang diberikan beliau memberikan kunci kepada permasalahan ini-negara kita kekurangan produktiviti.
Secara umumnya pengeluaran barang makanan di Malaysia memang rendah.Ini bermaksud asas kita rapuh dalam perkara yang paling asasi.Bagi mendapat gambaran yang lebih jelas, dari 8 juta hektar tanah pertanian yang kita miliki, 6 juta telah diperuntukkan kepada tanaman kelapa sawit dan 1 juta hektar lagi untuk tanaman getah.Oleh itu,hanya tinggal kurang 1 juta hektar atau hanya 12% baki yang tinggal untuk pengeluaran makanan.Akibatnya ,Malaysia terpaksa bergantung kepada import untuk menampung kekurangan yang besar ini.
Pada tahun 2017,Malaysia telah membelanjakan 51.3 billion untuk import makanan dan hasil pertanian untuk keperluan lokal,berbanding jumlah import sebanyak 38.9 billion pada tahun 2013. Satu peningkatan mendadak sebanyak 32% hanya dalam tempoh 4 tahun.Dari segi self-sufficientcy,bagi keperluan daging kita hanya mampu mengeluarkan 22% bagi keperluan lokal bakinya diimport dari negara luar.Bagaimana harimau asia hendak bangun mengaum kalau makanan pun tak cukup.
Ada pemimpin kita yang terus-menerus berpegang kepada mahzab import ini(antara pemimpin dalam kategori ini ialah Tun Daim Zainuddin.Boleh lihat wawancara beliau dengan tv bernama).Asal ada wang semua boleh dibeli.Namun apabila kita mengimport makanan untuk rakyat dari luar harganya akan dipengaruhi oleh faktor-faktor global yang diluar kawalan kita misalnya perubahan iklim di negara pengeksport tersebut,amalan monopoli dan mungkin juga serangan penyakit serta konflik peperangan yang tidak dijangka.Semua ini dengan mudahnya akan meningkatkan harga makanan di Malaysia.
Seterusnya adalah masalah dalam rantaian bekalan makanan di Malaysia yang membuka ruang kepada monopoli.FOMCA telah pun lama mencadangkan kepada kerajaan agar mengkaji semula rantaian ini. Antara punca kenaikan harga makanan menurut mereka adalah monopoli dan juga manipulasi dalam setiap rantaian ini.
Laporan terkini MyCC tinjauann pasaran terhadap item-item utama makanan mendapati satu satu sebab utama harga makanan naik mendadak disebabkan oleh manipulasi dalam rantaian makanan.
Contohnya,harga ikan kembong naik sebanyak 6 kali ganda dari tangan nelayan hinggalah sampai ke tangan pembeli.
Contoh yang lain ialah peningkatan ketara bagi harga kobis; harganya di kebun ialah 1.60 sementara pembeli harus membayar dengan harga runcit sebanyak rm 3.90-peningkatan sebanyak 143%.
Laporan MyCC turut mengenalpasti sebab-sebab lain meningkatkan harga makanan-antaranya ialah manipulasi oleh orang tengah,campur tangan yang kerap dan manipulasi dalam AP sehinggalah melonjakkan harga makanan.
Contohnya, dalam rantaian bekalan ikan ,orang tengah dikesan telah menyoroknya apabila harga ikan rendah, seterusnya mencetusnya kekurangan bekalan palsu sehingga memaksa harga bekalan tersebut untuk naik semula .Turut juga dinyatakan kekaburan dalam penentuan harga sepanjang rantai tersebut.
MyCC turut mencadangakan penubuhan pasar borong yang baru bagi menggalakkan persaingan dengan ketelusaan seterusnya persaingan pasaran dengan membuang segala halangan-halangan kearah kecekapan pasar.
Gangguan-gangguan terhadap pasaran ini mesti diambil tindakan oleh kerajaan dengan menggunakan akta yang telah sedia ada.Apa yang perlu ialah penguatkuasaan.Kerajaan mempunyai 2 akta yang cukup untuk melaksanakan tugas ini-akta kawalan harga 2011 dan juga akta persaingan 2010.
Undang-undang yang ada ini adalah instrumen yang harus digunakan bagi menangani manipulasi harga dan juga keuntungan dengan cara yang salah(sorokkan misalnya).Penguatkuasaan harus dilaksanakan bagi mengambil tindakan keras pihak-pihak tertentu yang telah dikenalpasti ini.
Yang menjadi isu dari laporan tersebut adalah apa tindakan selanjutnya? Jika monopoli dan manipulasi ini tidak diambil tindakan yang wajar maka ia hanya akan menjadi kertas akedemik yang tidak ada apa-apa impak terhadap pengguna.
Oleh itu FOMCA telah pun menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas dengan melaksanakan undang-undang dengan menggunakan akta sedia ada bagi menghapuskan manipulasi pasar dan juga pencari untung dengan cara yang salah.
Oleh itu peranan KPDNHEP bukan hanya sekadar mengenalpasti masalah, tetapi yang lebih penting menguatkuasakan akta sedia ada bagi menghapuskan perbuatan tidak beretika dan menyalahi undang-undang ini yang telah memberi impak yang ketara kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya pengguna dan pembeli yang miskin.
Selain itu, untuk menurunkan harga makanan, kerajaan perlu memberi lebih keutamaan untuk pengeluaran makanan bagi meningkatkan keterjaminan bekalan makanan supaya kita boleh mengurangkan import dan menjadi negara yang self-sufficientdalam produk-produk pertanian yang diperlukan.
Walhal idea untuk menggalakkan rakyat menaman makanan sendiri telah lama diperkenalkan dahulu.
Pada tahun 1974, Tun Razak telah memperkenalkan rancangan buku hijau sebagai satu ukuran bagi menggalakkan rakyat terlibat dalam sektor pertanian dengan menanam pokok-pokok yang akan menjadi bahan makanan kita.Namun rancangan tersebut tergendala ditengah jalan dan akhirnya menemui kegagalan.
Dengan ketidaktentuan bekalan makanan di Bandar kini, bekalan dalaam negara yang tidak mencukupi dan juga banyak lagi isu-isu lain yang memberi kesan terhadap penghidupan rakyat,ada baiknya rancangan buku hijau ini dihidupkan semula.