Lawatan Tun M ke Turki baru-baru ini menarik perhatian banyak pihak terutama apabila beliau melontarkan idea perserikatan Malaysia-Turki-Pakistan bagi mengembalikan kekuatan Islam dan mensyorkan negara-negara ini menjadi pemimpin bagi dunia Islam.Menariknya, dalam negara yang beliau sebutkan,tidak terdapat satu pun negara Arab.Mungkin negara Arab sudah terperangkap dalam kancah politik.Begitulah yang disebut Prof. Wan dalam Saturday night lectures baru-baru ini.Sebalinya ketiga-tiga negara ini masih rancak kajian-kajian tentang falsafah,seni dan pemikiran bagi menggali hikmah yang ditinggalkan oleh ulama’ terdahulu.
Sebenarnya projek ini telah pun dilaksanakan lebih dahulu oleh Prof. SMN al-Attas menerusi ISTAC.Semasa peluncurannya, beliau telah menjemput sarjana Islam dari seluruh dunia. Tenaga pengajarnya termasuk dari Turki,bahkan Prof. SMN al-Attas pernah menjemput almarhum Fazlur Rahman yang dianggap pemikir kedua terbesar Pakistan(selepas Iqbal) bagi mengajar di ISTAC. Cuma beliau tak berkesempatan kerana meninggal sejurus selepas itu.Usaha global ini telahpun dilaksanakan beliau melalui pendidikan dan pelajar yang terpilih memasuki institusi ini datang dari pelbagai belahan dunia Islam.Selanjutnya dari segi Bahasa, mereka digalakkan untuk mempelajari Bahasa Arab,Turki,Urdu dan Parsi.Sudah tentu pelajar-pelajar ini sesudah menguasai Bahasa tersebut mempunyai akses yang luas terhadap khazanah keilmuan Islam.
Berbalik kepada lawatan Tun Mahathir tersebut, apa sebabnya beliau menyebut trio Malaysia-Turki-Pakistan? Dari segi persamaan,ketiga-tiga negara ini berpegang pada aliran ahli Sunnah wal jamaah.
Dari sudut pemerintahan,Pakistan mendapat perdana menteri baru Imran Khan yang dinyakini oleh rakyatnya mampu memimpin Pakistan keluar dari belenggu rasuah dan kemiskinan.Beliau juga dilihat mampu manjana kemakmuran bagi negara tersebut.Bahkan rakyat Pakistan di Malaysia sudah berkira-kira untuk pulang ke sana kerana keadaan sudah bertambah pulih.Seorang rakan penulis dari Pakistan berkata “Imran Khan is God send upon us”.Begitu tinggi harapan mereka terhadap beliau.
Sementara Turki pula lebih awal kembali kepada Islam apabila parki AKP memerintah negara itu pada tahun 2003.Selama 16 tahun Erdogan telah memimpin negara tersebut ke arah pemulihan ekonomi dan meminggirkan kelompok sekularis yang berkuasa puluhan tahun lamanya.
Begitu juga Malaysia, negara yang diperintah oleh satu parti selama 60 tahun,UMNO, telah tersungkur di kaki rakyat pada 9 mei 2018.Menariknya tidak ada satu nyawa pun terkorban dalam masa transisi tersebut. Peralihan berlaku dengan aman.
Dari paparan ini,ketiga-tiga negara ini dipimpin oleh kerajaan baru yang mahu membebaskan negara mereka dari racun tamadun iaitu rasuah yang boleh meranapkan sesebuah negara.
Dengan kepimpinan baru,usaha pemulihan ekonomi,iltizam memerangi rasuah dan juga berpegang pada aliran ahli Sunnah, tidak mustahil benih-benih kebangkitan ini dapat kita semaikan.
Yang penting perlu ada tindakan susulan selepas kenyataan Tun Mahathir tersebut.Respon yang baik kita dapati dari kementerian luar Pakistan yang menyambut kenyataan itu dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama.
Pakistan adalah satu-satunya negara Islam yang mempunyai senjata nuklir dan memilki teknologi ketenteraan yang canggih. Mereka mampu menghasilkan jet peluang,senjata api dan kereta kebal sendiri.Sementara Turki pula terkenal dengan keupayaan menghasilkan pelbagai mesin seperti komponen peti sejuk jenama beko, coffee roast machinedan pelbagai lagi. Mereka juga berupaya mengeluarkan droneuntuk kegunaan perisikan dan dalam medan tempur.Semua ini perlu dimanfaatkan oleh Malaysia bagi membina kesemakmuran ekonomi bersama.
Malaysia pula boleh mengeksport minyak kelapa sawit(yang diboikot oleh EU) kepada Turki dan Pakistan bagi mengimbangi pasaran.Perserikatan ini kita boleh mulakan dengan kerjasama ekonomi dan pendidikan terlebih dahulu.
Perkataan dirilis yang menjadi tajuk tulisan ini bermaksud resurrectionatau kebangkitan yang diambil dari drama Turki bersiri Ertugrul.Seperti pada zaman itu, dunia Islam kehilangan pemimpin.Abbasiyah semakin lemah, Ayyubi bermusuh dengan Seljuk dan Seljuk pula di penghujung kekuasaan.”The Islamic world is leaderless” kata Sulaiman Syah, bapa Ertugrul. Dalam keadaan itu, Turki lah yang bangkit memegang panji kepimpinan dunia Islam.Dari kabilah kecil sehingga menjadisuperpower.
Berbalik kepada scenario masa kini, keadaan yang sama juga berlaku di dunia Islam.Setelah kejatuhan Turki Osmani,umat Islam kehilangan pemimpin.Oleh itu,Turki-Malaysia-Pakistan yang mana negara ini memiliki kestabilan politik patut memimpin dunia Islam.Tun Mahathir juga telah menggesa anak-anak muda Malaysia untuk belajar dan bekerja di Turki dalam tempoh 10 tahun dan kemahiran yang diperolehi boleh dimanfaatkan untuk memajukan negara ini.Sudah tentu cadangan PM kita dibuat setelah melihat kemajuan negara Turki yang lebih baik dari negara kita.
Sekurang-kurangnya terdapat dua artikel yang ditulis berhubung lawatan dan kenyataan Tun M di Turki.Artikel oleh Zin Mahmud memandang sinis akan kenyataan tersebut https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/07/30/kebangkitan-semula-islam-melalui-dr-m-imran-erdogan-hanyalah-impian/.Beliau menyebut kenyataan tersebut hanyalah ilusi atau hanya angan-angan yang tak kesampaian.Namun kita tidak harus bersikap pesimis dan negatif.Yang akan menjayakan citi-cita ini adalah anak muda kita sekiranya mereka memiliki kesedaran akan kehebatan dan sumbangan tamadun Islam kepada dunia.Seperti kata Hasan al-Banna “jika islam itu seperti rumah usang yang hampir roboh, aku akan membangunkannya menjadi mahligai yang tesergam indah. Mungkinkah akan berlaku dirilis sekali lagi?
No comments:
Post a Comment