Monday, March 30, 2020

SIRI PEMULIHAN EKONOMI 1 COVID 19 : KITA PERLU SISTEM EKONOMI YANG BARU



Oleh Ameen Hussaini

Peri Bahasa Melayu mengatakan sediakan payung sebelum hujan bermaksud bersedia sebelum sesuatu yang buruk atau yang tidak dijangka berlaku. Negara kita sekarang dilanda wabak covid 19. Semenjak merdeka, inilah pertama kali kita dilanda cabaran sebesar ini. Seperti disebut dalam ucapan YAB Perdana Menteri, ianya unpresidented. Oleh kerana ianya tidak pernah berlaku, kita pun tidak dapat menjangka sejauh mana atau seburuk mana akibatnya kepada negara kita.

Namun demikian, ancaman wabak bukanlah pertama kali berlaku dalam sejarah Islam. Di Mesir misalnya, taun ia telah beberapa kali berlaku. Begitu juga dengan wabak black deathyang telah menyerang Eropah dan mengorbankan puluhan juta nyawa. Dari segi angka kematian, ianya lebih parah dari covid 19. Serangan wabak akan mengganggu kesihatan apabila menjangkiti seseorang. Sudah tentulah sebagai langkah pencegahan, kerajaan akan melaksanakan lockdown. Justeru, apabila wabak menyerang sesuatu negara, bukan hanya kesihatan terganggu, ia turut memberi kesan kepada ekonomi terutamanya jaminan bekalan makanan. Kerisaukan akan ancaman ekonomi yang bakal melanda, menteri kewangan Jerman bahkan sampai mencabut nyawanya.[1]Sudah tentu dampak ekonomi tidak dapat dielakkan. Dalam keadaan yang genting ini, jutaan rakyat akan kehilangan pekerjaan[2], harga barang makanan akan melambung tinggi[3], beribu-ribu syarikat terpaksa ditutup akibat kerugian dan industri-industri tertentu tidak dapat terus beoperasi seperti pelancongan dan perhotelan. Namun sudah tentu, dalam kesemua ini, yang paling penting adalah bekalan makanan yang mencukupi.

KEPENTINGAN FOOD SECURITY

Takkala krisis melanda, bekalan makanan haruslah mencukupi untuk satu jangkamasa-setahun misalnya. Namun demikian, disebabkan self sufficiencynegara kita untuk makanan rugi-beras dengan kadar 75%-80% menyebabkan kita terpaksa mengimport selebihnya. Dalam keadaan biasa ini tidak ada masalah. Tetapi kita harus bersedia apabila sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Dalam keadaan dunia dilanda wabak covid 19 ketika ini, sudah tentu negara pengeksport akan memikirkan semula samaada untuk terus mengeksport atau tidak. Ini kerana negara tersebut harus memastikan bekalan dalam negara mencukupi. Sehingga ke hari ini, Vietnam telah mengummumkan untuk menghentikan eksport beras mereka.[4]Untuk makluman,negara kita turut mengeksport beras dari Vietnam. India, misalnya mempunyai simpanan gandum dan beras sebanyak 100 juta tan. Keperluan rakyatnya yang berjumlah 1.3 billion itu sebanyak 40 ke 50 juta tan.[5]Ini bermakna mereka mempunyai simpanan 50 juta tan lagi untuk kegunaan masa mendatang. Berdasarkan fakta-fakta yang dibentangkan , negara kita harus meningkat SSL pada level 100% pada masa akan datang untuk memenuhi food security

HIDUPKAN RANCANGAN BUKU HIJAU DAN VICTORY GARDEN

Perdana Menteri ada menyebut bahawa kita sedang berperang dengan musuh yang tak Nampak (invisible enemies) semasa pembentangan pakej ransangan ekonomi kedua baru-baru ini. Dalam situasi perang langkah yang drastik harus diambil antaranya ialah menghidupkan semula rancangan buku hijau.

Pada tahun 1974, kerajaan ada merangka rancangan buku hijau bagi menghadapi kekurangan bekalan makanan dengan memanfaatkan tanah kosong yang ada/terbiar.[6]Ia bagi mengatasi inflasi akibat kekurangan bekalan dan lebihan wang yang menyebabkan harga melambung. Oleh kerana itu, kerajaan menggalakkan rakyat bercucuk tanam hatta di dibelakang rumah dengan konsep backyard farming.

Apabila negara berjaya mengatasi krisis harga getah, rancangan yang diperkenalkan oleh Tun Razak ini mula dilupakan. Menurut pakar-pakar ekonomi dan pertanian, rancangan buku hijau ini harus diteruskan dari semasa ke semasa bukan hanya pada waktu krisis sahaja kerana makanan adalah keperluan asas rakyat yang memerlukan jaminan.

Rancangan buku hijau berhasrat meningkatkan penglibatan rakyat dalam pertanian dengan bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri dan selebihnya dijual di pasaran.

Objektif utama Buku Hijau ialah memaksimumkan pembangunan tanah secara menyeluruh melibatkan tanaman jangka pendek, pekebunan berkelompok, ternakan ikan air tawar dan meningkatkan pemasaran produk pertanian selain bertujuan menambah pengeluaran makanan negara dan meningkatkan pendapatan rakyat bagi mengurangkan inflasi.

Di negara-negara maju seperti Amerika, Jepun dan negara-negara Eroprah rancangan buku hujau dilaksanakan dengan konsisten untuk meningkat tahap mampu diri. Menurut Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Prof Dr Mohd Ariff Hussein “"Mungkin kerana pengalaman mereka daripada kesan perang...Tetapi ianya program yang baik dan perlu diteruskan bukan hanya semasa krisis walaupun benar kenaikan inflasi adalah faktor pendorong”.

Sebagai contoh Victory Garden[7]di Amerika Syarikat. Gerakan yang dimulai di sana pada perang dunia pertama ini menyeru semua rakyat Amerika untuk bercucuk tanam di mana saja ada tanah kosong- di belakang rumah,atas bumbung, lot-lot kosong untuk memenuhi keperluan dalam rumah sendiri. Hasilnya victory gardenberjaya membekalkan 40% dari bekalan sayur segar dari dalam negara.

Walaupun covid 19 memberi dampak negatif baik dari sudut kesihatan maupun ekonomi, namun kita harus melihat juga sisi positif atau hikmah disebalik yang berlaku. Serangan wabak ini membuka mata untuk kita menjajarkan(adjustment)semula keutamaan seperti yang telah dijelaskan di atas. Jika kerajaan salah bertindak pada keadaan yang sukar ini, perkara yang lebih buruk boleh berlaku seperti anarki. 

Menurut seorang pensyarah ekonomi,rancangan ekonomi hijau gagal kerana Malaysia telah beralih kepada dasar neoliberalisme pada tahun 80an. Apabila dasar ini menjadi dasar negara, ia telah mengabaikan bidang pertanian dan menumpukan pada agribisnes yang bermatlamatkan keuntungan semata-mata. Sekarang masanya kita memerlukan sebuah sistem ekonomi yang baru. Kita memerklukan sistem ekonomi yang mengutamakan kesejateraan rakyat, kesihatan rakyat dan menghentikan kerakusan kita terhadap planet yang sedang tenat ini.[8]













[1]https://www.aljazeera.com/news/2020/03/german-state-minister-kills-coronavirus-hits-economy-200329165242615.html
[2]https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/27/pakej-rangsangan-putrajaya-hadapi-covid-19-dijangka-paling-besar-dalam-sejarah/
[3]https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/560195/harga-bawang-telur-naik
[4]https://e.vnexpress.net/news/business/industries/vietnam-suspends-rice-exports-to-ensure-food-security-4074377.html
[5]https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/24/bekalan-makanan-untuk-orang-miskin-di-india-cukup-jika-lanjut-perintah-berkurung/
[6]http://smk-bukitrambai.blogspot.com/2013/12/rancangan-buku-hijau-bagi-hadapi.html
[7]https://www.nytimes.com/2020/03/25/dining/victory-gardens-coronavirus.html
[8]https://www.newstatesman.com/politics/economy/2020/03/coronavirus-crisis-economic-collapse-capitalism

Saturday, March 21, 2020

COVID-19 : MENCEGAH LEBIH BAIK DARI BERUBAT

Sepanjang negara kita dilanda covid-19 sehingga ke hari ini, ia telah menjangkiti lebih 1000 orang di Malaysia dan telah meragut 6 nyawa.  Apabila wabak ini kian menular, pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan kawalan pergerakan bagi membendungnya. Sementara menteri agama pula mengeluarkan fatwa bahawa semua solat berjemaah, solat jumaat, dan semua kegiatan keagamaan dibatalkan. Sudah tentu apa yang mereka putuskan ini setelah megambil kira pelbagai sudut demi menjaga nyawa yang merupakan salah satu dari maqasid shari’ah iaitu hifz al-nafs.

Sebelum kuat kuasa larangan pergerakan diumumkan, kerajaan juga telah pun memberi nasihat dan garis panduan misalnya dengan menasihati orang ramai agar mengelakkan perhimpunan. Namun yang dikesali masih ada kumpulan tertentu yang tidak peka dengan krisis yang dihadapi. Kumpulan tabligh telah mengadakan perhimpunan besar-besaran di Masjid Sri Petaling pada 28 Februari hingga 2 March dengan kehadiran 16, 000 orang. Ini jelas menunjukkan Jemaah tabligh mengambil mudah atau kurang sedar akan ancaman jangkitan covid-19. Akibatnya ia menjadi kluster besar jangkitan covid-19 yang menyumbang kepada peningkatan mendadak dalam bilangan mereka yang dijangkiti virus itu di Malaysia. Bahkan dalam rekod kematian 6 orang tersebut, ada yang terdiri dari Jemaah tabligh. 

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini di Teluk Bahang turut berlangsung upacara Masi Magam pada 8 march dengan kehadiran 30,000 orang ! Bagaimana jika ada peserta yang dijangkiti covid-19 hadir dalam upacara tersebut? Sudah tentu ia akan menyebabkan gelombang ketiga yang lebih parah. Yang dikesali para pemimpin /orang politik di kawasan tersebut juga tidak mengambil sikap proaktif bagi menghalang upacara ini. Kedua-dua kumpulan ini jelas hanya mementingkan Jemaah mereka dan tidak mempedulikan keselamatan orang lain.

Berbalik kepada perhimpunan tabligh di atas, selepas perhimpunan di Masjid Sri Petaling, mereka merancang untuk berhimpun dalam acara ijtima of Asia 2020 di Gowa, Sulawesi Selatan. Perhimpunan ini dihadiri lebih 9000 ribu Jemaah dari berbagai negara di Asia. Tidak serik dengan apa telah berlaku di Masjid Sri Petaling. Mereka nekad untuk meneruskannya. Namun yang mengejutkan saya adalah jawapan mereka apabila ditanya. “Kami tidak takut sama corona. Kami hanya takut pada Allah. Jika ada virus corona, hantar saja Jemaah” . Setelah dipujuk oleh pemerintah wilayah Gowa dan dibantah keras oleh ramai, mereka akhirnya terpaksa membatalkannya pada saat akhir. 

Persoalan yang timbul, benarkah sikap mereka itu dalam menanggapi wabak?. Bersikap pasrah dan hanya berdoa tanpa mencegah. Padahal junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w ada menunjuk contoh apabila menghadapi wabak lebih 1400 tahun dahulu. Baginda berkata “if you hear an outbreak of plague in a land, do not enter it; but if the plague outbreaks out in a place while you are in it, do not leave that place.” Beliau turut berkata “ Those with contagious diseases should be kept away from those who are healty.” Bahkan baginda turut menggalakkan manusia untuk menjaga kebersihan diri yang akan menghindar kita dari terkena jangkitan.  Dalam hadith yang lain, Baginda menyebut : “wash your hand after you wake up; you do not know where your hands have moved while you sleep”. “The blessing of food lie in washing hands before and after eating”.
Bagaimana pula jika seseorang itu terkena jangkitan? Apakah nasihat yang Baginda berikan? Baginda nabi menggalakkan manusia agar berusaha berubat dan mendapatkan rawatan. Beliau menyebut “make use of medical treatment “, beliau berkata , “for God has made a disease without appointing a remedy for it, with the exception of one disease-old age”.

Nasihat-nasihat yang Baginda berikan ini bertentangan sama sekali dengan sikap sesetengah kumpulan atau Jemaah dalam menghadapi wabak. Jadi adakah kumpulan yang tidak peka akan wabak yang sedang melanda boleh kita ikuti ajarannya? Atau tiba masanya untuk kita menilai semula ajaran kumpulan tersebut. Pernah disebut oleh seorang pemikir negara kita “Islam is not a religion for fools” .  Saya teringat kata-kata tokoh ini setelah melihat tindakan tidak wajar kumpulan-kumpulan tertentu yang tidak mematuhi arahan, yang masih berdegil untuk berhimpun  dan seumpamanya.

Sudah tentu keputusan-keputusan yang dibuat oleh Menteri Hal Ehwal agama seperti melarang solat jumaat buat sementara adalah untuk memelihara maqasid shari’ah yakni hifz al-nafs(memelihara nyawa). Apatah lagi orang yang mengeluarkan fatwa ini orang yang memilki autoriti dan seharusnya kita mematuhinya. Kalau nyawa sudah melayang, bagaimana hendak memelihara agama?







BIG PHARMA, GOVERNMENTS AND CORPORATIONS : YOU ALWAYS DANCE TO THE TUNE OF YOUR FUNDER

 Oleh Ameen Hussaini Sejak virus covid-19 melanda seluruh dunia, kita dapat melihat syarikat-syarikat big pharma berlumba-lumba menghasilkan...