Sepanjang negara kita dilanda covid-19 sehingga ke hari ini, ia telah menjangkiti lebih 1000 orang di Malaysia dan telah meragut 6 nyawa. Apabila wabak ini kian menular, pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan kawalan pergerakan bagi membendungnya. Sementara menteri agama pula mengeluarkan fatwa bahawa semua solat berjemaah, solat jumaat, dan semua kegiatan keagamaan dibatalkan. Sudah tentu apa yang mereka putuskan ini setelah megambil kira pelbagai sudut demi menjaga nyawa yang merupakan salah satu dari maqasid shari’ah iaitu hifz al-nafs.
Sebelum kuat kuasa larangan pergerakan diumumkan, kerajaan juga telah pun memberi nasihat dan garis panduan misalnya dengan menasihati orang ramai agar mengelakkan perhimpunan. Namun yang dikesali masih ada kumpulan tertentu yang tidak peka dengan krisis yang dihadapi. Kumpulan tabligh telah mengadakan perhimpunan besar-besaran di Masjid Sri Petaling pada 28 Februari hingga 2 March dengan kehadiran 16, 000 orang. Ini jelas menunjukkan Jemaah tabligh mengambil mudah atau kurang sedar akan ancaman jangkitan covid-19. Akibatnya ia menjadi kluster besar jangkitan covid-19 yang menyumbang kepada peningkatan mendadak dalam bilangan mereka yang dijangkiti virus itu di Malaysia. Bahkan dalam rekod kematian 6 orang tersebut, ada yang terdiri dari Jemaah tabligh.
Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini di Teluk Bahang turut berlangsung upacara Masi Magam pada 8 march dengan kehadiran 30,000 orang ! Bagaimana jika ada peserta yang dijangkiti covid-19 hadir dalam upacara tersebut? Sudah tentu ia akan menyebabkan gelombang ketiga yang lebih parah. Yang dikesali para pemimpin /orang politik di kawasan tersebut juga tidak mengambil sikap proaktif bagi menghalang upacara ini. Kedua-dua kumpulan ini jelas hanya mementingkan Jemaah mereka dan tidak mempedulikan keselamatan orang lain.
Berbalik kepada perhimpunan tabligh di atas, selepas perhimpunan di Masjid Sri Petaling, mereka merancang untuk berhimpun dalam acara ijtima of Asia 2020 di Gowa, Sulawesi Selatan. Perhimpunan ini dihadiri lebih 9000 ribu Jemaah dari berbagai negara di Asia. Tidak serik dengan apa telah berlaku di Masjid Sri Petaling. Mereka nekad untuk meneruskannya. Namun yang mengejutkan saya adalah jawapan mereka apabila ditanya. “Kami tidak takut sama corona. Kami hanya takut pada Allah. Jika ada virus corona, hantar saja Jemaah” . Setelah dipujuk oleh pemerintah wilayah Gowa dan dibantah keras oleh ramai, mereka akhirnya terpaksa membatalkannya pada saat akhir.
Persoalan yang timbul, benarkah sikap mereka itu dalam menanggapi wabak?. Bersikap pasrah dan hanya berdoa tanpa mencegah. Padahal junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w ada menunjuk contoh apabila menghadapi wabak lebih 1400 tahun dahulu. Baginda berkata “if you hear an outbreak of plague in a land, do not enter it; but if the plague outbreaks out in a place while you are in it, do not leave that place.” Beliau turut berkata “ Those with contagious diseases should be kept away from those who are healty.” Bahkan baginda turut menggalakkan manusia untuk menjaga kebersihan diri yang akan menghindar kita dari terkena jangkitan. Dalam hadith yang lain, Baginda menyebut : “wash your hand after you wake up; you do not know where your hands have moved while you sleep”. “The blessing of food lie in washing hands before and after eating”.
Bagaimana pula jika seseorang itu terkena jangkitan? Apakah nasihat yang Baginda berikan? Baginda nabi menggalakkan manusia agar berusaha berubat dan mendapatkan rawatan. Beliau menyebut “make use of medical treatment “, beliau berkata , “for God has made a disease without appointing a remedy for it, with the exception of one disease-old age”.
Nasihat-nasihat yang Baginda berikan ini bertentangan sama sekali dengan sikap sesetengah kumpulan atau Jemaah dalam menghadapi wabak. Jadi adakah kumpulan yang tidak peka akan wabak yang sedang melanda boleh kita ikuti ajarannya? Atau tiba masanya untuk kita menilai semula ajaran kumpulan tersebut. Pernah disebut oleh seorang pemikir negara kita “Islam is not a religion for fools” . Saya teringat kata-kata tokoh ini setelah melihat tindakan tidak wajar kumpulan-kumpulan tertentu yang tidak mematuhi arahan, yang masih berdegil untuk berhimpun dan seumpamanya.
Sudah tentu keputusan-keputusan yang dibuat oleh Menteri Hal Ehwal agama seperti melarang solat jumaat buat sementara adalah untuk memelihara maqasid shari’ah yakni hifz al-nafs(memelihara nyawa). Apatah lagi orang yang mengeluarkan fatwa ini orang yang memilki autoriti dan seharusnya kita mematuhinya. Kalau nyawa sudah melayang, bagaimana hendak memelihara agama?
No comments:
Post a Comment