Sunday, October 18, 2020

JALAN PENYELESAIAN KRISIS POLITIK MASAKINI

Nampaknya krisis politik negara kita akan berpanjangan dan masih tidak nampak jalan penyelesaiannya. Kerajaan PN kini sangat goyah ibarat telur di hujung tanduk. Tan Sri Muhyiddin telah diugut oleh umno dengan syarat-syarat baru sekiranya mahu umno terus menyokong kerajaan PN. Jika pun Muhyiddin menurut kehendak umno, maka mereka akan terus meminta syarat-syarat lain untuk beliau penuhi. Segalanya tidak menentu dan tidak menjadi bagi beliau. Tambahan pula, keadaan sekarang semakin genting menjelang tibanya sesi parlimen yang akan bersidang pada 2 november ini. Lebih menarik, terdapat kira-kira 30 usul undi tidak percaya terhadap beliau. Ini satu jumlah yang banyak dan speaker parlimen tidak boleh mengetepikan usul ini begitu saja. 



 

Sebelumnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah pun menghadap YDPA dan mempersembahkaan jumlah sokongan yang diperoleh beliau untuk membentuk kerajaan baru. Saya berpendangan YDPA tidak perlu turut campur dalam krisis politik ini. Apalagi beliau telah dilihat berpihak kepada golongan tertentu seperti yang telah dilapor oleh akhbar terkenal South China Morning Postbaru-baru ini. Sebaiknya urusan ini diserahkan kepada parlimen untuk memutusnya siapa sebenarnya yang mumpunyai majoriti untuk menjadi perdana menteri. 

 

Kita tak menafikan ada kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan PN seperti pakej-pakej ransangan ekonomi untuk membantu rakyat. Namun begitu, apabila kita berbalik kepada asal-mereka mendapat tampuk kuasa dengan cara yang salah. Dalam bahasa agama-cara yang tidak ada keberkatan. Sungguh pelik, parti yang menang menjadi pembangkang dan parti yang kalah menjadi kerajaan. Dengan slogan Melayu Islam mereka merasakan inilah formula penyatuan ummah yang yang dicari-cari selama ini. Akhirnya kerajaan berjaya dibentuk dengan hanya majoriti 2 kerusi. Satu majoriti yang sangat nipis. Dengan ini, siapa saja boleh mengugut pm. Ini dapat kita lihat dalam bulan-bulan seterusnya pentadbiran PN. Kelemahan mereka semakin teserlah dalam mengurus pandemik covid-19 yang kini kesnya hari telah melonjak dengan begitu tinggi dan ditambah pula ketiadaan haltuju dalam mengemudi ekonomi negara. Di samping itu, kita dapat melihat siri-siri pelanggaran sop oleh kumpulan yang dikatakan “kelas kayangan”. Ini diperburuk apabila Muhyiddin tidak berani bertindak terhadap mereka kerana takut kehilangan sokongan. Ini memberi gambaran betapa rapuhnya kedudukan kerajaan sekarang ini. Seperti yang disebut, kita tak nafikan kebaikan yang mereka lakukan, namun secara keseluruhan, kerajaan PN ini harus diturunkan dan diganti dengan kerajaan baru yang lebih stabil. Sudah tentu tidak sesuai untuk diadakan PRU mengejut di tengah-tengah pandemik covid-19 ini apatah lagi dengan kes-kes yang melonjak lepas PRN di Sabah.

 

Justeru, pilihan kita seterusnya adalah mengembalikan kepada parlimen untuk memutuskan. Selain itu, ada juga yang mencadangkan agar ditubuhkan kerajaan interim yang dipimpin oleh Ku Li sebagai perdana menteri dengan dibantu oleh Majlis Keselamatan Negara. Semua ini pilihan-pilihan yang sedang dipertimbangkan sekiranya Muhyiddin gagal mendapat kelulusan belanjawan 2021.

 

Krisis politik yang kita hadapi ini bukan saja berpunca dari orang politik, akan tetapi dari sistem politik itu sendiri. Mungkin sudah sampai masa untuk kita menilai semula sistem demokrasi berpalimen yang kita warisi kita untuk mencari sistem lain yang lebih stabil. Mengapa lompat-melompat ini tidak berlaku di Indonesia misalnya ? Tidak juga berlaku di Amerika. Parti yang menang akan memerintah sepenuh penggal. Seperti yang di sebut oleh Nathaniel Tan “ I believe the future is now though, and that more and more Malaysians are realizing that the problem isn’t just politicians, but the incentive structures, system design, and centres of gravity in the ecosystem that the politician currently operate in”

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

BIG PHARMA, GOVERNMENTS AND CORPORATIONS : YOU ALWAYS DANCE TO THE TUNE OF YOUR FUNDER

 Oleh Ameen Hussaini Sejak virus covid-19 melanda seluruh dunia, kita dapat melihat syarikat-syarikat big pharma berlumba-lumba menghasilkan...