Oleh Ameen Hussaini
Sejak Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, keabsahan kerajaan beliau sentiasa dipersoal, apatah lagi, kita tidak pernah tahu, berapa jumlah angka mp-mp yang yang menyokong beliau. Tun M juga tidak pernah percaya bahawa beliau memilki majoriti. Oleh sebab itu, beliau telah membawa usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang parlimen yang lepas dan usul ini pun telah diterima oleh speaker. Akan tetapi malangnya, Muhyiddin telah bertindak membuang speaker dan menggantikan dengan speaker pilihan beliau. Kita boleh lihat betapa rapuh kedudukan beliau, apabila usul itu lepas dengan hanya 2 majoriti. Seperti perli Tun M, kalau ada dua orang mp beliau sakit perut,kerajaan PN boleh jatuh. Untuk rekod, hanya Tun M saja yang mendedahkan senarai mp-mp yang menyokong beliau yang melebihi 112 untuk membentuk kerajaan, akan tetapi YDPA sudahpun membuat keputusan untuk melantik Muhyiddin sebagai PM.
Pada awalnyanya, Muhyiddin berjaya membina imejnya di mata rakyat. Beliau membahasakan diri beliau sebagai abah kononnya sebagai panggilan mesra menandakan dekatnya beliau di mata rakyat. Tambahan pula, setiap kali muncul di kaca tv,beliau kerap membaca doa untuk menggilap imej sebagai anak ulama. Ini berjaya memukau sebahagian orang melayu yang berjiwa sentimental dan lebih mengutamakan emosi dari rasional.
Namun demikian, keadaan mula berubah apabila gelombang ketiga covid-19 mula melanda. SOP yang dikuatkuasakan bukan tidak diikuti oleh rakyat, tetapi tidak dikuti oleh menteri-menteri beliau sendiri seperti Takiyuddin yang tidak mengkuarantin dirinya sebaik pulang dari Turki. Apatah lagi negara tersebut mempunyai jumlah kes yang lebih tinggi dari Malaysia. Ini menunjukkan kerajaan PN mengambil sikap double standard. Sehingga hari ini,tidak ada apa-apa tindakan diambil terhadap beliau. Siri-siri pelanggaran sop yang dilakukaan oleh menteri-menteri beliau telah menaikkan kemarahan rakyat. Muhyiddin juga dilihat sebagai PM yang lemah kerana tidak berani bertindak terhadap menteri-menteri beliau. Ini kerana kedudukan beliau yang sangat goyah. Jika beliau bertindak, kerajaan beliau boleh jatuh kerana majoriti yang amat tipis.
Tidak cukup dengan itu,Muhyiddin telah bertindak mengganggu gugat kerajaan warisan pimpinan Shafie Apdal di Sabah. Ini kerana, Shafie, enggan menyokong kerajaan beliau yang naik dengan pengkhianatan atau seperti sering disebut-sebut kerajaan pintu belakang. Beliau telah melepaskan Musa Aman yang akan didakwa dengan 46 kes-kes rasuah, namun kes-kes ini semua ditarik untuk mengguna pengaruh Musa untuk menjatuhkan kerajaan Shafie. Melihat keadaan yang semakin genting, Shafie tidak ada pilihan melainkan terpaksa membubar dun Sabah. Setelah itu, kita dapat melihat kes-kes covid-19 telah naik dengan memuncak dan Muhyiddin sendiri mengakui peningkatan ini berpunca dari Sabah.
Dengan kes-kes yang semakin meningkat, kita dapat melihat kerajaan PN bertindak gelabah untuk menanganinya. Kerajaan sering dilihat bertindak u-turn seperti keputusan KPT yang memutus pada saat-saat akhir agar mahasiswaa tidak perlu daftar dan hadir di universiti. Padahal ada yang telah membeli tiket lebih awal. Keputusan u turn ini telah menimbulkan kemarahan mereka kerana ini sememangnya menyusahkan banyak pihak.
Selepas itu, PKP yang dilaksana di Klang telah menimbulkan kekeliruan rakyat samaada melibatkan seluruh Klang atau daerah-daerah tertentu di Klang sahaja sehingga penduduk menyerbu baalai-balai polis untuk mendapat kepastian. Begitu juga dengan PKP yang dilaksana di KL, Putrajaya dan Selangor baru-baru ini. Keputusan yang dibuat secara terburu-buru tanpa berunding dengan kerajaan negeri sehingga MB Selangor mengeluarkan kenyataan bukan semua daerah di Selangor dalam zon merah dan kerajaan persekutuan tidak berbincang dengan kerajaan negeri sebelum membuat keputusan. Pesepsi rakyat terhadap kerajaan PN kini telah berubah. Kita dapat melihat luahan kemarahan mereka di media-media sosial. Ini semua menunjukkan kerajaan pimpinan Muhyiddin tidak berupaya mengemudi negara ini keluar dari krisis. Beliau juga tidak berani menjawab soalan-soalan dari wartawan secara terbuka. Sikap ini sememangnya tidak bertanggungjawab sebagai seorang PM. Ini kerana, bukan semua keputusan kerajaan berjalan lancar dan ada perkara yang perlu dipersoalkan. Beliau mengambil sikap mengelak. Sikap ini menunjukkan kelemahan seorang PM. Ini berbeza dengan PM sebelum ini yang harus menjawab soalan dari pelbagai wartawan sebaik tamat mesyuarat kabinet.
Di samping itu, Muhyiddin juga tidak berani membuat keputusan untuk melanjutkan moratorium setidaknya sehingga hujung tahun ini. Antara kesilapan beliau ialah melantik banker menjadi menteri kewangan. Secara logik, banker akan menjaga kepentingan bank bukan kepentingan rakyat. Apatah lagi banker Tengku Zafrul ini datang dari CIMB. Menurut presiden mahkamah timbang tara, Prof. Musyi, sepanjang pengalaman beliau berurusan dengan cimb, Tengku Zafrul tidak pernah melayani atau menjawab surat-surat yang diutus beliau. Dalam erti kata lain, beliau tidak ada rekod yang baik sepanjang berurusan dengan mahkamah timbang tara. Telah berbuih mulut Lim Guan Eng agar kerajaan harus melanjut moratorium sekurang-kurangnya hingga hujung tahum. Presiden umno Zahid Hamidi turut menyuarakan hal yang sama. Begitu juga dengan bekan pm Najib Razak turut menggesa kerajaan melanjutkan moratoriaum dengan mengambil kira keuntungan yang telah diperolehi bank pada tahun 2019. Tidak ketinggalan Anwar Ibrahim turut bersuara agar kerajaan bertimbang rasa dalam hal ini dan melanjutkannya adalah hal yang wajar. Secara logik, apabila pkp masih dikuatkuasakan, moratorium juga harus dilanjutkan kerana rakyat menhadapi kesukaran untuk menyara hidup dan pendapatan yang terjejas teruk. Apakah kerajaan Muhyiddin mahu melihat rakyat muflis di tengah-tengah bencana covid-19 ini? Apabila Muhyiddin berdiam diri, ini bermakna beliau menurut kehendak menteri kewangan beliau yang menjaga kuat kepentingan bank-bank ini.
Dari semua scenario ini, kita dapat menilai bahawa kerajaan yang tidak ada keabsahan dan tak pernah teruji di parlimen ini adalah kerajaan yang lemah. Ekonomi kita tidak ada halatuju. Seperti disebut oleh Anwar Ibrahim “this government has no proper action plan”. Lebih malang, dengan kabinet XXXL ia masih gagal berperanan dengan berkesan. Jadi sudah sampai masanya untuk pemimpin baru mengambil alih tampuk pemerintahan.
Lebih mengejutkan, keabsahan kerajaan Muhyiddin ini bukan sahaja dipertikai oleh parti pembangkang, bahkan oleh parti komponen mereka sendiri. Baru-baru ini Ku Li, telah menghantar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Menurut beliau, kebasahan Muhyiddin sebagai pm sentiasa dipersoal dan oleh itu usul ini wajar dibentang di dewan rakyat pada sesi yang akan datang. Speaker menjawab bahawa bil kerajaan lebih penting dari usul-usul lain,namun yang lebih penting , adakah kerajaan ini benar-benar memiliki majoriti dan keabsahan untuk menjadi kerajaan? Oleh itu usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin wajar dibentangkan pada sesi dewan rakyat yang akan datang.
No comments:
Post a Comment