Friday, October 30, 2020

MENUJU KERAJAAN PERPADUAN

Oleh Ameen Hussaini

Presiden Argentina Alberto Fernadez, ketika diangkat menjadi Presiden Argentina pada disember tahun lepas, telah menyeru kepada semua parti politik dan rakyat Argentina untuk menyatu di saat negara itu menghadapi krisis. Seruan beliau ini disebabkan Argentina dilanda krisis ekonomi dan ketidaktentuan politik yang tidak nampak penghujungnya. Ia mencatatkan kadar inflasi tertinggi sejak 1991,kadar pengangguran tertinggi sejak 2006, kadar kemiskinan tertinggi sejak 1998 dan kadar produksi industri yang paling rendah sejak 2006. Oleh sebab itu, beliau menyeru dan mengajak semua parti untuk membentuk kerajaan perpaduan.

 

Selang beberapa bulan selepas itu, krisis politik turut melanda negara kita di mana kerajaan pakatan harapan telah tumbang apabila bebarapa ahli parlimennya telah menyeberang ke pihak lawan. Dalam tempoh krisis tersebut, Tun M telah dilantik sebagai PM interim. Dalam siaran langsung ke seluruh negara, beliau telah mencadang supaya dibentuk kerajaan perpaduan dengan menyatukan semua parti politik baik kerajaan mahupun pembangkang. Ini kerana ketika itu,virus covid-19 telah pun merebak ke dalam negara kita. Antara orang yang menyokong idea beliau adalah Prof. Jomo. Menurut beliau,inilah ketikanya kita bersama-sama “come out as a nation”. Malangnya idea beliau telah ditolak oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Mereka menolak kerana merasakan tidak akan ada semak dan imbang apabila semua parti berada dalam kerajaan dan perdana menteri akan lebih berkuasa di bawah kerajaan perpaduan ini. Akhirnya idea beliau ditolak dan TS Muhyiddin Yassin pun diangkat menjadi PM ke 8 dengan majoriti sangat tipis-hanya 2 undi. 

 

Selang beberapa bulan berlalu, kelemahan Muhyiddin semakin ketara kelihatan. Dengan majoriti paling tipis, situasi politik negara dalam keadaan tidak stabil. Sehingga diperli,jika dua orang dari ahli parlimen PN sakit perut kerajaan boleh jatuh. Ini membuka ruang kepada ugut-mengugut dan tawar-menawar untuk mengukuhkan sokongan tipis yang dimiliki beliau. Ramai dari kalangan pemimpin umno yang ditawar jawatan dalam GLC walaupun tidak mempunyai kelayakan. Nampaknya old practicesemasa zaman umno menjadi kerajaan kembali diamalkan. Rakaman suara Muhyiddin dalam mesyuarat mpt BERSATU yang beliau sebut sebagai scheme of thingbenar-benar dilakukannya sebaik menjadi PM.

Namun demikian, ini tetap tidak memuaskan pemimpin-pemimpin umno yang mahukan jawatan yang lebih penting dalam kabinet. Apalagi mereka adalah parti komponen terbesar dalam PN. Asakan demi asakan terhadap Muhyiddin oleh umno ini telah diramal oleh Tun M. Beliau telah mengingatkan Muhyiddin supaya tidak menerima umno secara en blocnamun tidak diendahkan beliau. Akhirnya amaran Tun M itu benar-benar terjadi dan Muhyiddin berdepan kesukaran untuk mengawal umno dalam kerajaan PN. Tambahan pula beliau turut menghadapi ancaman dari blok pembangkang apabila Anwar Ibrahim mengumumkan dalam sidang media yang beliau memiliki majoriti untuk menjadi PM. Namun disebabkan oleh YDPA gering ketika itu, Muhyiddin telah terselamat. Akan tetapi, sampai bila beliau boleh bertahan? Dengan majoriti tipis, kedudukan beliau ibarat telur di hujung tanduk. Menyedari kedudukan beliau dalam bahaya, Muhyiddin telah mencadangkan kepada YDPA supaya diisytiharkan darurat agar PM diberikan kuasa penuh kononnya untuk menangani covid-19. Tindakan Muhyiddin ini sememangnya tindakan yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang PM-menggunakan darurat untuk menyelamatkan kedudukan politik beliau. Walhal, jika dilihat statistik, kes di Malaysia tidaklah seteruk negara-negara lain yang mencecah ratusan ribu kes. Tambahan pula, di dalam negara kita, tidak ada rusuhan yang berlaku, sebaliknya rakyat mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebaliknya pelanggaran SOP ini kerap dilakukan oleh menteri-menteri kita yang cuai dan alpa atau mereka merasakan tidak ada apa-apa tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka. Kita juga tidak melihat kejadian rakyat menyerbu pasaraya untuk mendapat bekalan makanan. Keadaan masih terkawal. Jadi apa perlunya darurat? Ternyata kududukan politik beliau yang berada dalam darurat. Tambahan pula, dalam keadaan darurat, tidak ada syura atau perundingan dengan pihak-pihak berkepentingan. Tidak ada bahas,pertanyaan yang perlu dijawab dan sudah tentu tidak ada semak dan imbang seperti mana dalam parlimen. Oleh itu, YDPA telah membuat keputusan yang bijak setelah mengambil kira semua faktor dengan menolak permohonan Muhyiddin. Jadi apa, jalan penyelesaian krisis politik di Malaysia? Sudah tentu PRU tidak boleh dibenarkan kerana wabak covid-19 belum reda. Kita sudah lihat apa yang berlaku di Sabah setelah PRN negeri tersebut baru-baru ini. Jadi pilihan yanag kita ada adalah dengan menubuh kerajaan perpaduan. Bagaimana bentuknya?Siapa yang akan terlibat dalam kerajaan perpaduan ini?Siapa penggeraknya dan siapa yang akan memimpinnya? Tunggu rencana seterusnya…

 

Sunday, October 25, 2020

KINTSUGI AS THE SOLUTION FOR OUR CURRENT POLITICAL IMPASSE

 By Ameen Hussaini

Our country now in a political crisis again. As the parliament session approaching, TS Muhyiddin has presented to YDPA to declare for emergency to give him wider political power to battle covid 19. This proposal comes amid speculation that the government budget might not get approval because of his government razor-thin majority. What more, more than dozen mp has submit a motion of no confidence against him. So the perception is, the emergency is not about covid-19, but for his own political survival. 

 


Many prominent leaders have warned TS Muhyiddin of the grave consequences of declaring emergency. One of them is Tengku Razaleigh who warn about economics consequences as it will put the final nail to our battered economy. More leader who still have sense has voice out the same. This incudes umno Perak who said emergency will include force majeure-all contract will not be fulfill/not necessarily be fulfill. This will create instability and the investor will lose confidence or move out from our country. The same sentiment shared by Anwar Ibrahim, Tun M, umno deputy president Mat Hassan and Hamid Albar from BERSATU. All of them has urged the government consider all aspect before to proceed with emergency. What more, our cases are still low compare to our neighboring country that reach hundred of thousands. Some of the expert has given opinion that the prevention and control of infections diseases is enough to control the pandemic.  TS Rafidah Aziz sarcastically said, using emergency is like throwing a bomb at the mouse. With all this opinion, we can say, emergency is like a last resort solution. What more, we don’t see riot, demonstration in the streets, or people lootings to find food. So, the justification to declare emergency is not genuine and seem as a political move to save TS Muhyiddin position. In a simple equation, if he really commands the majority, why is he avoiding the vote of no confidence? According to Ku Li, this has put him in a questionable position to seek an emergency declaration from YDPA if he has lost the majority. Therefore, in a recent poll done by IDE, 77% of Malaysian reject the call for emergency and seems it as unnecessary.

 

But, Is there any other solution than emergency? Husam Musa is a recent interview has used the term kintsugi- a Japanese method of gold joinery to fix a broken bowl as a solution to our political crisis. The broken bowl is not thrown away. Rather it can be fix with a kintsugi method by joining the broken pieces with gold powder. It is an art to fix a broken thing. By joining the pieces, the bowl becomes more valuable and more beautiful. In other words, we acknowledge the scars/the broke as it has happen used the method to create more valuable things.  Taking this into analogy, our political system seems to be broken. In this time of crisis the new PM(if elected) should approach all political parties to form a unity government. This will avoid politicking as all the parties come as a nation. This call has been made by former prime minister Tun M, early in February to involve all political parties in the new government. Sadly, his call has been reject by opposition parties as they are afraid that the pm will be too powerful. 

 

Looking abroad, maybe can learn something from Argentina. The newly elected president Alberto Fernadez, amid political and economic crisis has called all political parties to come out as a nation to solve the grave crisis of their country. If they can put their political differences and put their nation interest first, why can’t we? So, as the YDPA and the Malay ruler is having a meeting now, we put our trust in them to consider all option and make a wise decision.

 

 

Sunday, October 18, 2020

JALAN PENYELESAIAN KRISIS POLITIK MASAKINI

Nampaknya krisis politik negara kita akan berpanjangan dan masih tidak nampak jalan penyelesaiannya. Kerajaan PN kini sangat goyah ibarat telur di hujung tanduk. Tan Sri Muhyiddin telah diugut oleh umno dengan syarat-syarat baru sekiranya mahu umno terus menyokong kerajaan PN. Jika pun Muhyiddin menurut kehendak umno, maka mereka akan terus meminta syarat-syarat lain untuk beliau penuhi. Segalanya tidak menentu dan tidak menjadi bagi beliau. Tambahan pula, keadaan sekarang semakin genting menjelang tibanya sesi parlimen yang akan bersidang pada 2 november ini. Lebih menarik, terdapat kira-kira 30 usul undi tidak percaya terhadap beliau. Ini satu jumlah yang banyak dan speaker parlimen tidak boleh mengetepikan usul ini begitu saja. 



 

Sebelumnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah pun menghadap YDPA dan mempersembahkaan jumlah sokongan yang diperoleh beliau untuk membentuk kerajaan baru. Saya berpendangan YDPA tidak perlu turut campur dalam krisis politik ini. Apalagi beliau telah dilihat berpihak kepada golongan tertentu seperti yang telah dilapor oleh akhbar terkenal South China Morning Postbaru-baru ini. Sebaiknya urusan ini diserahkan kepada parlimen untuk memutusnya siapa sebenarnya yang mumpunyai majoriti untuk menjadi perdana menteri. 

 

Kita tak menafikan ada kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan PN seperti pakej-pakej ransangan ekonomi untuk membantu rakyat. Namun begitu, apabila kita berbalik kepada asal-mereka mendapat tampuk kuasa dengan cara yang salah. Dalam bahasa agama-cara yang tidak ada keberkatan. Sungguh pelik, parti yang menang menjadi pembangkang dan parti yang kalah menjadi kerajaan. Dengan slogan Melayu Islam mereka merasakan inilah formula penyatuan ummah yang yang dicari-cari selama ini. Akhirnya kerajaan berjaya dibentuk dengan hanya majoriti 2 kerusi. Satu majoriti yang sangat nipis. Dengan ini, siapa saja boleh mengugut pm. Ini dapat kita lihat dalam bulan-bulan seterusnya pentadbiran PN. Kelemahan mereka semakin teserlah dalam mengurus pandemik covid-19 yang kini kesnya hari telah melonjak dengan begitu tinggi dan ditambah pula ketiadaan haltuju dalam mengemudi ekonomi negara. Di samping itu, kita dapat melihat siri-siri pelanggaran sop oleh kumpulan yang dikatakan “kelas kayangan”. Ini diperburuk apabila Muhyiddin tidak berani bertindak terhadap mereka kerana takut kehilangan sokongan. Ini memberi gambaran betapa rapuhnya kedudukan kerajaan sekarang ini. Seperti yang disebut, kita tak nafikan kebaikan yang mereka lakukan, namun secara keseluruhan, kerajaan PN ini harus diturunkan dan diganti dengan kerajaan baru yang lebih stabil. Sudah tentu tidak sesuai untuk diadakan PRU mengejut di tengah-tengah pandemik covid-19 ini apatah lagi dengan kes-kes yang melonjak lepas PRN di Sabah.

 

Justeru, pilihan kita seterusnya adalah mengembalikan kepada parlimen untuk memutuskan. Selain itu, ada juga yang mencadangkan agar ditubuhkan kerajaan interim yang dipimpin oleh Ku Li sebagai perdana menteri dengan dibantu oleh Majlis Keselamatan Negara. Semua ini pilihan-pilihan yang sedang dipertimbangkan sekiranya Muhyiddin gagal mendapat kelulusan belanjawan 2021.

 

Krisis politik yang kita hadapi ini bukan saja berpunca dari orang politik, akan tetapi dari sistem politik itu sendiri. Mungkin sudah sampai masa untuk kita menilai semula sistem demokrasi berpalimen yang kita warisi kita untuk mencari sistem lain yang lebih stabil. Mengapa lompat-melompat ini tidak berlaku di Indonesia misalnya ? Tidak juga berlaku di Amerika. Parti yang menang akan memerintah sepenuh penggal. Seperti yang di sebut oleh Nathaniel Tan “ I believe the future is now though, and that more and more Malaysians are realizing that the problem isn’t just politicians, but the incentive structures, system design, and centres of gravity in the ecosystem that the politician currently operate in”

 

 

 

 

Thursday, October 15, 2020

KEABSAHAN KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL

Oleh Ameen Hussaini


Sejak Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri, keabsahan kerajaan beliau sentiasa dipersoal, apatah lagi, kita tidak pernah tahu, berapa jumlah angka mp-mp yang yang menyokong beliau. Tun M juga tidak pernah percaya bahawa beliau memilki majoriti. Oleh sebab itu, beliau telah membawa usul undi tidak percaya terhadap beliau pada sidang parlimen yang lepas dan usul ini pun telah diterima oleh speaker. Akan tetapi malangnya, Muhyiddin telah bertindak membuang speaker dan menggantikan dengan speaker pilihan beliau. Kita boleh lihat betapa rapuh kedudukan beliau, apabila usul itu lepas dengan hanya 2 majoriti. Seperti perli Tun M, kalau ada dua orang mp beliau sakit perut,kerajaan PN boleh jatuh. Untuk rekod, hanya Tun M saja yang mendedahkan senarai mp-mp yang menyokong beliau yang melebihi 112 untuk membentuk kerajaan, akan tetapi YDPA sudahpun membuat keputusan untuk melantik Muhyiddin sebagai PM. 

 

Pada awalnyanya, Muhyiddin berjaya membina imejnya di mata rakyat. Beliau membahasakan diri beliau sebagai abah kononnya sebagai panggilan mesra menandakan dekatnya beliau di mata rakyat. Tambahan pula, setiap kali muncul  di kaca tv,beliau kerap membaca doa untuk menggilap imej sebagai anak ulama. Ini berjaya memukau sebahagian orang melayu yang berjiwa sentimental dan lebih mengutamakan emosi dari rasional. 

 

Namun demikian, keadaan mula berubah apabila gelombang ketiga covid-19 mula melanda. SOP yang dikuatkuasakan bukan tidak diikuti oleh rakyat, tetapi tidak dikuti oleh menteri-menteri beliau sendiri seperti Takiyuddin yang tidak mengkuarantin dirinya sebaik pulang dari Turki. Apatah lagi negara tersebut mempunyai jumlah kes yang lebih tinggi dari Malaysia. Ini menunjukkan kerajaan PN mengambil sikap double standard. Sehingga hari ini,tidak ada apa-apa tindakan diambil terhadap beliau. Siri-siri pelanggaran sop yang dilakukaan oleh menteri-menteri beliau telah menaikkan kemarahan rakyat. Muhyiddin juga dilihat sebagai PM yang lemah kerana tidak berani bertindak terhadap menteri-menteri beliau. Ini kerana kedudukan beliau yang sangat goyah. Jika beliau bertindak, kerajaan beliau boleh jatuh kerana majoriti yang amat tipis.

 

Tidak cukup dengan itu,Muhyiddin telah bertindak mengganggu gugat kerajaan warisan pimpinan Shafie Apdal di Sabah. Ini kerana, Shafie, enggan menyokong kerajaan beliau yang naik dengan pengkhianatan atau seperti sering disebut-sebut kerajaan pintu belakang. Beliau telah melepaskan Musa Aman yang akan didakwa dengan 46 kes-kes rasuah, namun kes-kes ini semua ditarik untuk mengguna pengaruh Musa untuk menjatuhkan kerajaan Shafie. Melihat keadaan yang semakin genting, Shafie tidak ada pilihan melainkan terpaksa membubar dun Sabah.  Setelah itu, kita dapat melihat kes-kes covid-19 telah naik dengan memuncak dan Muhyiddin sendiri mengakui peningkatan ini berpunca dari Sabah.

 

Dengan kes-kes yang semakin meningkat, kita dapat melihat kerajaan PN bertindak gelabah untuk menanganinya. Kerajaan sering dilihat bertindak u-turn seperti keputusan KPT yang memutus pada saat-saat akhir agar mahasiswaa tidak perlu daftar dan hadir di universiti. Padahal ada yang telah membeli tiket lebih awal. Keputusan u turn ini telah menimbulkan kemarahan mereka kerana ini sememangnya menyusahkan banyak pihak. 

 

Selepas itu, PKP yang dilaksana di Klang telah menimbulkan kekeliruan rakyat samaada melibatkan seluruh Klang atau daerah-daerah tertentu di Klang sahaja sehingga penduduk menyerbu baalai-balai polis untuk mendapat kepastian.  Begitu juga dengan PKP yang dilaksana di KL, Putrajaya dan Selangor baru-baru ini. Keputusan yang dibuat secara terburu-buru tanpa berunding dengan kerajaan negeri sehingga MB Selangor mengeluarkan kenyataan bukan semua daerah di Selangor dalam zon merah dan kerajaan persekutuan tidak berbincang dengan kerajaan negeri sebelum membuat keputusan.  Pesepsi rakyat terhadap kerajaan PN kini telah berubah. Kita dapat melihat luahan kemarahan mereka di media-media sosial. Ini semua menunjukkan kerajaan pimpinan  Muhyiddin tidak berupaya mengemudi negara ini keluar dari krisis. Beliau juga tidak berani menjawab soalan-soalan dari wartawan secara terbuka. Sikap ini sememangnya tidak bertanggungjawab sebagai seorang PM. Ini kerana, bukan semua keputusan kerajaan berjalan lancar dan ada perkara yang perlu dipersoalkan. Beliau mengambil sikap mengelak. Sikap ini menunjukkan kelemahan seorang PM. Ini berbeza dengan PM sebelum ini yang harus menjawab soalan dari pelbagai wartawan sebaik tamat mesyuarat kabinet.

 

Di samping itu, Muhyiddin juga tidak berani membuat keputusan untuk melanjutkan moratorium setidaknya sehingga hujung tahun ini. Antara kesilapan beliau ialah melantik banker menjadi menteri kewangan. Secara logik, banker akan menjaga kepentingan bank bukan kepentingan rakyat. Apatah lagi banker Tengku Zafrul ini datang dari CIMB. Menurut presiden mahkamah timbang tara, Prof. Musyi, sepanjang pengalaman beliau berurusan dengan cimb, Tengku Zafrul tidak pernah melayani atau menjawab surat-surat yang diutus beliau. Dalam erti kata lain, beliau tidak ada rekod yang baik sepanjang berurusan dengan mahkamah timbang tara. Telah berbuih mulut Lim Guan Eng agar kerajaan harus melanjut moratorium sekurang-kurangnya hingga hujung tahum. Presiden umno Zahid Hamidi turut menyuarakan hal yang sama. Begitu juga dengan bekan pm Najib Razak turut menggesa kerajaan melanjutkan moratoriaum dengan mengambil kira keuntungan yang telah diperolehi bank pada tahun 2019. Tidak ketinggalan Anwar Ibrahim turut bersuara agar kerajaan bertimbang rasa dalam hal ini dan melanjutkannya adalah hal yang wajar. Secara logik, apabila pkp masih dikuatkuasakan, moratorium juga harus dilanjutkan kerana rakyat menhadapi kesukaran untuk menyara hidup dan pendapatan yang terjejas teruk.  Apakah kerajaan Muhyiddin mahu melihat rakyat muflis di tengah-tengah bencana covid-19 ini? Apabila Muhyiddin berdiam diri, ini bermakna beliau menurut kehendak menteri kewangan beliau yang menjaga kuat kepentingan bank-bank ini. 

 

Dari semua scenario ini, kita dapat menilai bahawa kerajaan yang tidak ada keabsahan dan tak pernah teruji di parlimen ini adalah kerajaan yang lemah. Ekonomi kita tidak ada halatuju. Seperti disebut oleh Anwar Ibrahim “this government has no proper action plan”. Lebih malang, dengan kabinet XXXL ia masih gagal berperanan dengan berkesan. Jadi sudah sampai masanya untuk pemimpin baru mengambil alih tampuk pemerintahan. 

 

Lebih mengejutkan, keabsahan kerajaan Muhyiddin ini bukan sahaja dipertikai oleh parti pembangkang, bahkan oleh parti komponen mereka sendiri. Baru-baru ini Ku Li, telah menghantar usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin. Menurut beliau, kebasahan Muhyiddin sebagai pm sentiasa dipersoal dan oleh itu usul ini wajar dibentang di dewan rakyat pada sesi yang akan datang. Speaker menjawab bahawa bil kerajaan lebih penting dari usul-usul lain,namun yang lebih penting , adakah kerajaan ini benar-benar memiliki majoriti dan keabsahan untuk menjadi kerajaan? Oleh itu usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin wajar dibentangkan pada sesi dewan rakyat yang akan datang.

 

 

BIG PHARMA, GOVERNMENTS AND CORPORATIONS : YOU ALWAYS DANCE TO THE TUNE OF YOUR FUNDER

 Oleh Ameen Hussaini Sejak virus covid-19 melanda seluruh dunia, kita dapat melihat syarikat-syarikat big pharma berlumba-lumba menghasilkan...